berita

‘Send Foto Anak Sis Macam Ni, Nak Tengok…’

July 17th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Gangguan seksual dalam kalangan bayi dan kanak-kanak hari ini bukanlah sesuatu yang harus dipandang ringan. Di Facebook, sudah terlalu banyak kes melibatkan pedofilia dilaporkan berlaku.

Terbaru, seorang penjual online kongsi screenshot perbualan dengan individu yang dipercayai pengasuh. Pada awalnya, individu tersebut bertanyakan mengenai produk yang dijual namun selepas itu lain pula yang berlaku. Jijik!

Didakwa melakukan perlakuan luar tabii ke atas anak asuhan?

Perkongsian pengguna Twitter mengenai salah laku pengasuh ke atas anak asuhan yang viral di Facebook mendapat perhatian ramai orang. Di ruangan balas, netizen menggesa penjual online tersebut membuat aduan kepada pihak polis.

‘Send foto anak sis macam ni’

Wanita ini mendakwa menerima mesej daripada pelanggan yang pada awalnya bertanyakan mengenai produk yang dijual. Namun selepas itu, dia mula bersikap aneh dengan meminta gambar lucah malah turut berkongsi gambar alat sulit anak asuhan di bawah jagaannya.

Walaubagaimanapun selepas menjadi viral, wanita ini telah memadam post berkenaan di Facebook.

Sumber : Twitter adaazam , sue zahid

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×