Semalam telah berlangsungya majlis bertandang pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz di Rembau, Negeri Sembilan. Bertemakan suasana kampung dan mengikut budaya Negeri Sembilan, pasangan ini berjaya mencuri tumpuan netizen apabila membasuh periuk bersama-sama setelah majlis tersebut selesai. So sweet!
Tetap cantik walaupun sental periuk!
Antara aksi spontan Fasha dan Aidil ketika membasuh periuk belanga. Adat membasuh periuk belanga selepas selesai kenduri kahwin kebiasaannya dilakukan oleh pengantin jika kenduri tersebut dilakukan secara merewang.
Nasi goreng untuk sarapan
https://www.instagram.com/p/Bv7z-XtBa9x/
Aidil turut memuat naik video isterinya memasak nasi goreng untuk sarapan pagi kepada keluarga mertuanya. Aksi isterinya yang tidak kekok dengan suasana kampung itu, telah menerima pujian daripada netizen.
Reaksi netizen
Rata-rata netizen memuji sifat yang ada pada diri Fasha. Mereka mendoakan perkahwinannya dengan Aidil berkekalan buat selama-lamanya.