Pernah berduet bersama di pentas akhir program All Stars Gegar Vaganza, penyanyi Siti Nordiana memberitahu dia bersikap lebih terbuka untuk menyanyi semula bersama Ifan Seventeen, sebagaimana yang diharapkan peminat masing-masing.
Artikel Berkaitan: Siti Nordiana Nak ‘Move On’, Syukur Kes Saman 5 Sekawan Selesai – ‘Saling Bermaafan Itu Baik Dalam Islam’
Dapat eratkan hubungan antara negara
Menerusi laporan Harian Metro, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa sebagai Nana berkata, persembahan duet mantap antara mereka ketika menyanyikan lagu Kemarin tempoh hari, berkaya menarik perhatian ramai di media sosial. Berikutan daripada itu, ,dia sedia untuk mempertimbangkan urusan bekerjasama.
Bagi saya, kalau ia satu peluang yang baik dan ada pula rezeki (bekerjasama), memang sangat dialu-alukan kerana dapat juga mengeratkan hubungan antara negara, Malaysia dan Indonesia.
Lagi pula, sebelum ini saya sebenarnya pernah berduet dengan penyanyi senior berpengalaman Indonesia, Dedi Dores untuk lagu Biar Seperti Bidadari pada 2013 lalu.
Jadi, kalau dapat pula peluang dan rezeki rakamkan lagu duet dengan Ifan (Seventeen), ia mungkin salah satu cara untuk saya cuba nasib melebarkan karier seni ke Indonesia bagi mencari peminat-peminat baharu di sana.
Berbicara mengenai Ifan, Nana memberitahu lelaki dari Indonesia itu seorang yang sangat profesional dan mereka dapat bekerjasama dengan baik.
Saya melihat Ifan juga mempunyai pengaruh yang tersendiri di Indonesia, termasuk cara nyanyian yang mantap. Syukur sangat apabila kami dapat membentuk keserasian dengan cepat dalam nyanyian.
Apapun, macam yang dikatakan saya sentiasa terbuka untuk bekerja dengan mana-mana penyanyi sama ada lelaki atau wanita asalkan peminat-peminat saya selesa dan gembira.
Sumber: Harian Metro