berita

Seorang Anak Yang Tergamak Paksa Ibunya Membeli Iphone 6 Plus Demi Untuk Kekasih

August 24th, 2015 | by Ash Nordin
Kini Trending

AnakPaksaIbuBeliPhone

Anak-anak zaman sekarang memang jauh berbeza dengan yang macam dulu, kalau zaman dahulu benda itu yang diberi benda itu jugalah yang diterima dan mereka amat menghargai pemberian ibunya.

Berbeza dengan zaman sekarang yang terdedah dengan pelbagai teknologi canggih dan serba mewah, mereka lebih pentingkan nilai barang tersebut berbanding dengan kasih sayang yang diberikan oleh ibunya sehinggakan si ibu sanggup melakukan apa sahaja demi memuaskan kehendak anaknya.

Namun, bukan semua mampu untuk memilikinya ekoran dengan harga semakin meningkat. Situasi ini sama seperti kisah yang kami ingin kongsikan dimana seorang pekerja kedai telefon menceritakan pengalamannya berdepan pelanggan seperti ini.

Seorang ibu yang kelihatan seperti orang yang kurang berkemampuan ingin membeli iPhone 6 Plus demi memuaskan kehendak anaknya untuk dihadiahkan kepada kekasih.

Berapa Eh Sebulan Untuk iPhone 6 Plus 64GB Dengan Samsung Note 4?

AnakPaksaIbuBeliPhone2

(Gambar Hiasan)

Semalam, aku dapat seorang customer, seorang anak dan ibunya datang. Ibu dia sakit kaki, macam tak berdaya nak berjalan. Aku pun berikan layanan.
Aku:- Assalamualaikum makcik, kami ada set handphone, laptop dengan barangan rumah. Ada tiga cara bayaran, cash, kad kredit dan ansuran mudah.
Ibu:- Kalau ansuran mudah macam mana cara dia?
Aku:- Kalau ansuran mudah, sediakan penyata gaji, salinan kad pengenalan dan penyata bank. Kalau malas nak pergi bank buat penyata bank, bagi je nombor akaun, saya buatkan penyata bank. Makcik nak apa, saya kirakan sekali bayaran bulanannya. Paling maksimum bayaran boleh sampai tiga tahun saja.
Anak:- Okay bang, berapa eh sebulan untuk iPhone 6 Plus 64GB dengan Samsung Note 4?
Aku:- *terus ambil kalkulator kira* Okay, kalau dua handphone, RM296 untuk sebulan selama 3 tahun.
(Sambil tersenyum aku tengok, muka makcik itu yang macam resah. Aku tahu makcik tu orang susah).

Ibu Hanya Mampu Mengangguk Mengikut Kehendak Anak Dia

11900034_542811972538459_5397730550714575869_n

Anak:- Okay, Ibu jadi eh? Boleh eh?
Ibu:- (Hanya mampu mengangguk mengikut kehendak anak dia)
Aku:- Beli handphone sampai dua, satu siapa punya? Umur adik berapa?
Anak:- Yang Samsung Note 4 itu saya punya, yang iPhone 6 128GB tu saya nak hadiahkan kepada makwe saya bang. Minggu depan hari lahir dia. Umur 15.
Aku:- (Mengucap dalam hati, sambil geleng kepala. Ya Allah, macam ni sekali anak dia buat kat Ibu dia? Ibu dia yang bayar bulan-bulan, senang-senang je anak bagi kat makwe dia).
Ibu dia terus keluarkan dokumen, aku tengok penyata gaji Ibu dia sebulan cuma RM950.

Pasrah Dengan Kehendak Anak Dia

11885056_542811955871794_6148822681079116543_n

Aku:- Okay makcik, nanti saya proses. Dalam masa seminggu akan dapat jawapan lulus ke tak.
Ibu:- Okay, baik dik. Terima kasih. (Dengan wajah seperti pasrah dengan kehendak anak dia)
Aku:- Sama-sama makcik. Datang lagi.
(Aku senyum dengan rasa bersalah tengok keadaan Ibu dia yang kaki tempang berjalan keluar). Ya Allah macam nak menangis tengok.
Subhanallah…kuatkanlah dirimua engkau wahai si Ibu moga tempatmu di sana nanti dikalangan orang-orang beriman….

Sumber : Facebook Siti Sara Aisyah Mustapha

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×