berita

Seorang Budak 12 Tahun Pergi Ke Bali Tanpa Ditemani Sesiapa & Selepas Itu.. Fuhh Next Level Ni!

April 25th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Jika kita sebagai anak bertelingkah dengan ibu bapa, paling-paling pun kita akan keluar sebentar dari rumah atau jumpa kawan rapat untuk tenangkan diri. Tetapi lain pula terjadi kepada satu keluarga dari Sydney ini apabila seorang anak berusia 12 tahun ‘bergaduh’ dengan ibunya dan akibat dari insiden itu, kanak-kanak tersebut telah pergi ke Bali.

Apa yang jadi seterusnya? Baca untuk berita lanjut.

Gaduh dengan ibu, holiday ke Bali

Sejak beberapa hari lalu tular di sosial media mengenai seorang budak berumur 12 tahun telah pergi ke Bali seorang diri selama empat hari. Tetapi bagaimana dia boleh survive? Dari mana dia dapat duit untuk bercuti? Ini kisahnya.

Pada Selasa lalu, Polis Australia telah menyiasat kes seorang budak yang berjaya menaiki pesawat tanpa ditemani sesiapa untuk ke pusat peranginan terkenal di Indonesia itu. Budak itu seterusnya menginap selama empat hari di sebuah resort, menyewa skuter, minum bir dan sebagainya dengan menggunakan kad kredit ibu bapanya.

Menerusi agensi berita AFP, kanak-kanak itu telah melarikan diri dari rumah di Sydney selepas berlaku salah faham dengan ibunya. Dia menaiki pesawat tambang rendah (Jetstar) dan transit di Perth sebelum meneruskan penerbangan ke Bali.

Habis puluhan ribu ringgit dengan menggunakan..

Ibu kepada kanak-kanak itu juga mempertikai kawalan penumpang kanak-kanak yang tidak ditemani kedua ibu bapa atau penjada di lapangan terbang.

Dia tidak suka bila saya katakan ‘jangan’ kepadanya.

‘Percutian’ rahsia yang bernilai A$8,000 (RM23,760) itu terbongkar apabila seorang rakan memberitahu ibunya mengenai sebuah video yang mempunyai tagging lokasi.

Menurut Polis Persekutuan Australia pula, mereka pada mulanya mendapat notifikasi tentang percubaan kanak-kanak itu keluar negara berseorangan pada 8 Mac lalu, sebelum mendapat petunjuk menunjukkan dia berada di Bali pada 17 Mac.

Pada hari berikutnya, kanak-kanak itu ditemui polis Indonesia dan selepas itu, ibu bapanya telah datang ke Bali untuk membawanya pulang.

Sumber: Astro AwaniFacebook Runway Rascal

Save

Save

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×