berita

Seorang Lelaki Dibogel & Dibelasah Sehingga Mati Akibat Dituduh Mencuri Burung

April 11th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Gara-gara dituduh mencuri burung, seorang lelaki telah dipukul oleh orang ramai sehingga maut.

Artikel Berkaitan: Peniaga Dibelasah 10 Lelaki Mabuk Sampai Mati

Artikel Berkaitan: Angkara Dendam & Cemburu, Pemandu Lori Maut Dipukul Lima Rakan

Mangsa sempat memohon maaf

Gambar sekadar hiasan

Insiden yang berlaku di kompleks perumahan Bhayangkara, Daerah Padang Hilir, Kota Tebingtinggi, Indonesia, menyaksikan mangsa hanya tercegat di atas teres rumah seorang penduduk ketika kejadian.

Kemudian, pemilik rumah yang tidak mengenali mangsa telah mengesyaki bahawa mangsa mahu mencuri burung peliharaannya lalu mengejar mangsa.

Mangsa yang berusia 27 tahun itu sempat melarikan diri namun dapat dikejar oleh penduduk kawasan tersebut sebelum ditahan dan dipukul beramai-ramai.

Memetik laporan oleh Tribun News, terdapat sebuah rakaman video yang memaparkan berpuluh-puluh orang datang memukul dan membogelkan mangsa yang telah digari. Mangsa pula kelihatan lemah dengan wajahnya berlumuran darah.

Dalam pada itu, mangsa juga turut memohon maaf dan memberitahu bahawa dia mempunyai isteri dan dua orang anak.

Ketua Perhubungan Awam Polis Tebingtinggi, AKP Agus Arianto, telah mengesahkan kejadian tersebut.

Susulan itu, mangsa telah dibawa ke hospital, bagaimanapun mangsa meninggal dunia beberapa jam kemudian.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×