Pelakon berbakat Ummi Nazeera akhirnya berjaya merangkul trofi buat kali pertamanya selepas 16 tahun bergelar anak seni.
‘Kemenangan ini sangat manis’
Ketika ditemui OhBulan, Ummi yang meraih kemenangan melalui drama Risik Pada Hati bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik di Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 (TADS 2023) menganggap sebagai satu kemenangan manis buatnya.
Syukur Alhamdulillah, sepanjang 16 tahun saya berlakon di dalam industri, ini kali pertama saya menggenggam trofi anugerah.
Dalam pada itu, Ummi meluahkan rasa berterima kasih kepada semua juri, pihak produksi, barisan pelakon dan semua peminat yang percaya serta menyokongnya selama ini.
Saya rasa manis. Kemenangan ini sangat manis kerana perjalanan saya sebagai pelakon, bukan perjalanan yang mudah. Jadi, banyak mengajar saya untuk tidak mengambil mudah kerjaya saya. Walaupun dah menang, saya kena buat yang terbaiklah. Sebab ini kepuasan bagi saya.
Apabila ditanya mengenai pencapaiannya selama ini, Ummi akui pernah merasai dirinya tidak cukup bagus namun dia tidak patah semangat dan terus melebarkan sayapnya sebagai seorang pelakon.
Saya sangat gembira sebab pesaing kategori ini semuanya saya hormati.
Selain Ummi, kategori itu juga membariskan calon hebat iaitu Fauziah Ahmad Daud, Fasha Sandha, Nabila Huda dan Siti Saleha.