Penyanyi Fairuz Selamat memberitahu dia reda apabila tersingkir daripada program Gegar Vaganza, Ahad lalu.
Artikel Berkaitan: Didakwa Guna ‘Mak Esah’ Untuk Kekal Dalam GV, Arrora Salwa Harap Peminat Bertenang – ‘Anggap Je Hiburan, Kalau Lebih I Know What To Do’
Artikel Berkaitan: Zehra Zambri Dedah Pernah Pergi Kerja Dalam Keadaan Tekanan – ‘Tiada Siapa Nak Kawan, Saya Bawa Bekal Sendiri’
Bukan ‘anak emas’
Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Fairuz berkata, penyingkirannya di program tersebut telah menamatkan spekulasi bahawa dia bukanlah ‘anak emas’ stesen televisyen tersebut.
Saya menamatkan kemarau soalan itu, dimana saya bukan anak emas Astro. Ini rezeki, saya selalu fikir macam ini sesiapa yang tersingkir bukan penanda yang kalian tidak hebat sebab program tv ia bermain dengan banyak perkara.
Mengambil itu sebagai keputusan yang mukhtamad rezeki saya sampai disitu sahaja.
Saya menerima keputusan ini dengan hati yang sangat gembira sebab dua kali berada di kedudukan dua terbawah ramai yang mengharapkan saya keluar, nah amik sekarang saya sudah pun tersingkir.
Rasa sedih hampakan peminat
Tambah Fairuz, dia cuma berasa sedikit ralat kerana gagal memenuhi impian peminatnya yang mahu melihatnya di pentas akhir.
Saya rasa sedih sebab sepanjang 24 tahun bergelar anak seni, saya belum pernah menerima sokongan peminat seperti itu. Gegar Vaganza ini adalah pertandingan akan ada yang tersingkir dan akan ada yang terlepas kalau bukan saya mesti orang lain dan kalau bukan orang lain mungkin saya yang tersingkir.
Jadi saya tak sedih sangat saya keluar cuma apa yang buat saya sedih apabila saya tak pernah dapat sokongan yang diberikan semasa GV sepanjang 24 tahun. Mereka datang Sabtu dan Ahad, ada yang dah berkeluarga sanggup datang sokong saya, ada jadual shift nak undi saya, masakan saya makanan, itu yang buat saya ralat.
Sebab saya kecewakan mereka, bila mereka sokong artis mesti mereka nak artis mereka masuk final, macam saya masuk bertanding kita dah tahu adat itu, tapi kalau mereka dah ready nak support saya sampai final lepas ni mereka nak buat apa.