Bayangkan korang dah sampai airport, boarding pass dah ready, luggage pun dah check-in, tiba-tiba kena tahan sebab ada isu cukai tertunggak.
Memang terus spoil mood holiday korang!
Untuk pengetahuan, ramai sebenarnya yang tak tahu isu cukai pendapatan boleh menyebabkan korang dikenakan travel ban.
Ayuh ketahui lebih lanjut untuk tahu cara untuk elak situasi yang ‘mengerikan’ ini!
Punca korang boleh kena travel ban?
Sebenarnya, pihak Lembaga Hasil Dalam Negara (HASiL) mempunyai kuasa untuk halang korang keluar negara jika ada tunggakan cukai pendapatan.
Dalam erti kata lain, kalau korang ada hutang cukai, ia boleh dianggap sebagai ketidakpatuhan kepada undang-undang negara.
Walau bagaimanapun, korang tak perlu risau sebabnya isu ni boleh dielakkan kalau korang ambil tindakan lebih awal.
Jangan tunggu sampai last minute baru nak semak status cukai!
Kenapa orang ramai selalu terlepas pandang isu pembayaran cukai?
Sebab utamanya ramai yang tidak tahu risiko sekiranya tidak membayar tunggakan cukai sebelum fly ke luar negara.
Hal ini membuatkan mereka dikenakan travel ban dan terpaksa membayar tunggakan cukai terlebih dahulu.
Selain itu, terdapat sesetengah individu yang takut untuk berdepan dengan pihak HASiL sebab risau dikenakan denda yang tinggi.
Tidak kurang juga yang bukannya tak mahu membuat pembayaran cukai tetapi menganggap urusan cukai ini rumit.
Cara semak status cukai dengan mudah
Haa.. sekarang ni, korang tak perlu lagi beratur panjang di pejabat HASiL.
Lebih mudah untuk korang guna MyTax di mana platform online ini sangat menjimatkan masa korang dan mesra pengguna!
Berikut merupakan cara-cara untuk menggunakan MyTax
- Layari laman web MyTax.
- Log masuk guna ID cukai korang. Buat korang yang belum mempunyai ID boleh daftar terlebih dahulu.
- Klik bahagian ‘Semakan Sekatan Perjalanan’.
- Kalau ada tunggakan, korang boleh buat pembayaran secara terus.
Mudah kan? Tak sampai 10 minit, korang dah boleh tahu status cukai korang.
HASiL sedia bantu korang untuk memudahkan urusan percukaian
Kalau korang rasa urusan cukai ni memeningkan kepala, sebenarnya sekarang dah banyak kemudahan disediakan:
- MyTax: Semak status cukai dan status sekatan perjalanaan.
- E-Filing: Isi borang cukai pun tak perlu manual lagi, semua dah digital.
- ByrHASiL: Buat pembayaran cukai secara online
Jadi, tak ada alasan untuk korang yang mempunyai tunggakan cukai membuat pembayaran. Semuanya dah tersedia untuk mudahkan hidup korang!
Oh ya, kami nak ingatkan korang jangan tunggu sampai kena halang baru nak bertindak.
Sebaiknya, jadikan rutin setiap tahun untuk membuat pembayaran cukai dan semak status anda sebelum fly ke luar negara untuk percutian tanpa sebarang masalah.