Ditemui mati tergantung dipercayai akibat bunuh diri, kematian Sushant Singh Rajput benar-benar mengejutkan dunia seni hiburan Bollywood. Siasatan polis mendapati sebelum meninggal dunia pelakon tersebut ada menelan sebiji tablet dipercayai ubat kemurungan.
Rakan baik mendiang, Kriti Sanon yang sangat terkesan dengan pemergian tersebut meluahkan rasa sayu. Mereka mula rapat sejak berganding bersama di dalam filem ‘Raabta’ pada tahun 2017 dan pernah digosipkan bercinta.
Hati saya hancur
View this post on Instagram
Sush.. I knew that your brilliant mind was your best friend and your worst enemy.. but it has broken me completely to know that you had a moment in your life where Dying felt easier or better than Living. I so wish you had people around you to get you past THAT moment, i wish you hadn’t pushed the ones who loved you away. I wish i could have fixed that something which was broken inside you. I couldn’t. I wish so so many things. A part of my heart has gone with you. And a part will always keep you alive. Never stopped praying for your happiness and never will.
Menulis di Instagram, Kriti berasa sedih apabila mengetahui rakan baiknya itu terpaksa melalui fasa sukar dalam hidup. Dia sangat kecewa dan hatinya seolah-olah hancur apabila mendapat tahu Sushant merasakan mati adalah lebih baik daripada meneruskan hidup. Kriti berharap ada seseorang di samping Sushant ketika fasa getir ini. Dia juga berharap Sushant tidak mengenepikan orang yang menyayanginya di saat itu.
Separuh jiwa telah pergi
Tambahnya lagi, dia berharap dia mampu untuk melenyapkan ‘rasa’ yang membelenggu Sushant tetapi sayangnya dia gagal. Terlalu banyak yang mahu diperbaikinya. Malah, separuh daripada jiwanya turut pergi bersama-sama rakan baiknya itu.
Sumber : Kriti Sanon