Umum mengetahui bahawa adik Nur Umairah Jannah, menghidap penyakit lebihan cecair dalam otak atau hydrocephalus sejak lahir lagi. Penderitaan yang dialaminya itu menyebabkan kepalanya semakin membesar disebabkan terkumpulnya air dari otak.
Terbaru, menerusi Facebook Syahir Syafiq, lelaki itu kongsi berita bahawa adik Umairah telah pergi menghadap ilahi. Lebih menyedihkan, adik Umairah sepatutnya menjalani pembedahan hari ini di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Berkat doa semua rakyat Malaysia
Menerusi perkongsian terdahulu, Syahir bersyukur adik Umaira Jannah akan menjalani pembedahan pada hari ini. Menurutnya, berkat doa seluruh rakyat Malaysia, pembedahan membuang cecair tersebut bakal berlangsung. Namun siapa sangka, impian untuk melihat adik Umaira sembuh, akhirnya tidak kesampaian selepas dia memuat naik posting al-fatihah buat adik Umaira.
Berehatlah sayang
Lelaki itu turut berterima kasih kepada semua yang memberi sumbangan dan berdoa kepada adik Umaira. Dia turut mendoakan kanak-kanak itu tenang dan gembira bermain di dalam syurga.
Reaksi netizen
Rata-rata netizen terkejut dengan berita pemergian adik Umaira. Netizen turut berdoa adik Umaira berbahagia di syurga Allah.
Sumber: Syahir Syafiq