Seorang janda ditangkap oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kerana disyaki berkhalwat bersama teman lelakinya di sebuah hotel bajet di Klebang, Melaka.
Artikel Berkaitan: Beri Alasan Nak Baiki Kenderaan, Pasangan 50-an Kantoi Bersekedudukan Sudah 7 Bulan
Artikel Berkaitan: Bincang ‘Assignment’ Dalam Bilik Hotel, Pelajar IPT Dicekup Berkhalwat
Tak sempat jumpa bakal mentua
Sekadar Gambar Hiasan
Dalam Operasi Cegah Jenayah Syariah pada jam 2 pagi kelmarin, wanita tersebut mengatakan bahawa dia sepatutnya akan ke Kelantan untuk bertemu dengan keluarga teman lelakinya kerana sudah merancang untuk berkahwin.
Namun tidak sempat berjumpa dengan mentua lagi, dia telah ditahan oleh pasukan penguat kuasa kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen apabila mereka didapati berdua-duaan di dalam bilik hotel.
Wanita berusia 32 tahun itu mendakwa bahawa dia dan teman lelaki berkenalan tiga bulan melalui laman sosial dan baru pertama kali berjumpa. Menerusi keterangan, teman lelakinya itu 10 tahun lebih muda daripadanya.
Sekadar info, menurut Pengarah Jaim Datuk Che Sukri Che Mat berkata terdapat dua lagi pasangan yang ditahan atas kesalahan yang sama dan mereka akan disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.
Sumber: Harian Metro