berita

Sepatutnya Potong Kaki Kiri Tapi Doktor Tersalah Potong Kaki Kanan Pesakit Didenda RM12,900

December 6th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan (Fierce Healthcare)

Gara-gara tersalah potong kaki pesakit ketika pembedahan dijalankan, seorang pakar bedah di Austria dikenakan denda berjumlah RM12,900.

Tersalah potong kaki pesakit

Sekadar gambar hiasan (ThoughtCo)

Memetik laporan New York Post, pesakit yang merupakan warga emas itu telah pergi ke sebuah klinik di Austria untuk melakukan pembedahan pada kaki kirinya sekitar bulan Mei lalu. Tetapi sebaliknya yang berlaku apabila doktor tersebut melakukan kecuaian dengan memotong kaki kanannya.

Difahamkan, kesilapan itu hanya disedari dua hari selepas pembedahan dijalankan iaitu ketika pihak hospital menukar pembalut pada kaki pesakit. Berikutan daripada itu, pesakit diarahkan semula untuk memotong anggota badannya yang lain juga.

Punca dan kesilapan perubatan telah dianalisis secara terperinci. Kami amat terkejut kaki salah seorang pesakit yang berusia 82 tahun telah dipotong pada 18 Mei walaupun terdapat piawaian jaminan kualiti.

Balu dapat ganti rugi

Sekadar gambar hiasan

Hasil daripada siasatan mendapati doktor terbabit dilaporkan melakukan kesalahan semasa menanda lampiran pada bahagian kaki pesakit. Doktor itu bagaimanapun mendakwa terdapat isu yang melibatkan arahan semasa pembedahan dijalankan malah apabila ditanya mengenai kesilapan dalam menanda lampiran, dia hanya menjawab tidak tahu.

Doktor terbabit telah dipindahkan ke hospital baharu dan separuh daripada dendanya telah digantung. Menurut sumber, pesakit tersebut telah meninggal dunia sebelum kes ini dibicarakan di mahkamah. Sementara itu, balu pesakit telah menerima ganti rugi berjumlah RM24,000.

Sumber: New York Post

SKIP THIS AD ×