Semalam, viral di media sosial apabila veil rekaan Rizalman mendapat respon negatif netizen. Ramai beranggapan veil yang dipakai Izara Aishah di majlis perkahwinannya itu tidak sesuai digayakan. Tak kurang juga ada yang menyamakan veil Izara seperti alas meja.
Artikel Berkaitan : Veil Unik Izara Aishah Tarik Perhatian Netizen
Namun, perkongsian Wan Amirul Asraf di laman Facebook miliknya berjaya membuka mata semua netizen. Dia menjelaskan segala terperinci mengenai konsep yang digunakan oleh Rizalman.
Izara seperti Puteri India
VEIL KERAS?
Jom kita tukar word veil kepada SELENDANG. Pada pendapat aku, cantik dan aku faham conceptnya yg nk disampaikan oleh seorang trend setter yang ada taste tersendiri iaitu Rizalman Ibrahim.
Kena tgk video dia, barulah fhm..mungkin ada sentuhan budaya ala2 Moghul India + Melayu klasik pada theme keseluruhan majlis itu, dpt difahamkan melalui music backgroud dia guna, dan pakaian yg dia guna untuk majlis berinai bberapa hari lepas..mula2 duk pelik jgak, knp masa majlis akad nikah, ada musik mcm ni? Haha..tapi bila tgk balik, barulah faham apa yg nak disampaikan.
Izara sepertikan seorang Puteri India yang dikekalkan dlm busana melayu classic, dan ‘diselindungkan’ kecantikannya melalui selendang keras itu, semuanya diblend sangt baik bersama pelamin yang mana kecantikan dpt dilihat samar2 dari dalam litupan selendang itu (wanita melayu dulu2kan malu2 dan menitikkan kesopanan) disebalik juraian kristal pelamin semasa turun dari tangga bak istana..
Konsep yang sangat teliti
Dalam majlis akad nikah, pengantin perempuanlah yang akan jadi “main attraction” dan seolah2 bak puteri kayangan turun dari langit, semua mata akan menanti-nanti siapakah gerangan orangnya (kalau selebriti, orang akan tgk pula dripada sudut lain, espclly kelainan dan kecantikan). Segalanya telah difkirkan dengan baik mengikut concept yg dikhendaki oleh client..
Jika tgk pada pendetailan Glam Wedding ni pun, 6 buah kerusi masa nikah disusun atur dengan kedudukan yg berbeza, ada yang kedepan, ada yang belakng, ada yang tgh2..dan masing2 duduk tnpa terlalu mengalihkan kerusi, sebab apa? Sbb nnti mudah utk tetamu dan photographer shoot gmbr2 cntik, tanpa wajah2 utama ini terselindung disbalik bdan2 mereka..byk bnda yg boleh dibelajar pda sesiapa yg meminati bidang management ni.
Dan kes kali ni, Rizalman adalah bukan sahaja seorang fashion designer, tapi dia juga, seorang event manager, yang memikirkan keseluruhan mengikut temanya..adalah pasti berbeza hasilnya jika seorang fashion designer yang mereka baju sahaja tapi tak terlibat dengan majlis dan fashion designer merangkap event manager yang handle dan faham tntng perjalanan majlis dan kehendak client, sbb tu lahirnya kelainan.
Kelainan dan keayuan yang berjaya
Cuma Izara nampak sedikit gemuruh dan kasutnya terlalu tinggi (mungkin) dan tiada pemegang untuk dia berpaut ketika turun tangga, bimbang terjatuh, sehingga terzahir sedikit riak wajah yang “pelik” tu..rasanya bukan kerana selendang tu yang menyebabkan lahir mimik muka spti itu..
Cuba tgk pula bila dia berdiri dalam keadaan dia sangat yakin slpas majlis selesai, kan ttbe jadi cantik plak…bg aku (untuk isu fashion ni), keseluruhan cantik, tidak menjolok mata para lelaki, tak nmpk bentuk tubuh, pakaian hampir sempurna, tapi masih kekalkan exclusive, kelainan dan keayuan tu..from me, ia berjaya..well done.
Ok dah..itu je penjelasan yg mampu dibuat..hahaha..yang biasa2 mungkin dah selalu tgk, kita tgk pulak sedikit yang diluar kebiasaan..tapi tgklah, lpas ni, insyAllah, mgkin akan jadi ikutan-ikutan utk fesyen 2018..
Tahniah Rizalman dan Glam Wedding, tahniah Izara dan suami, ok byee..
.
#janganmarah
#luarkotak
#laridarikebiasaan
#akubukanfashiondesigner
#bekaspelajarlandscapearchitecture
#akudesignerpadagraphicdanrumah
.
***cuba tengok pada leher baju ni, nampak sidikit tinggi dan ada sedikit kelainan. tgk pula pada potongan kain yang tiada jahitan sekeliling pada leher baju ni utk mndpatkan leher baju yang tinggi, tiada jahitan keliling leher, kecuali jahitan pada atas bahu je..selalunya, untuk dapatkan leher mcm ni, org akan jahit keliling leher. sorilah, aku xtau term, guna bhsa pasar je..
Sumber : Wan Amirul Asraf