berita

Sepupu OKU Hilang, Mizz Nina Mohon Bantuan Orang Ramai

August 16th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, penyanyi, Mizz Nina meminta pertolongan orang ramai untuk mencari sepupunya yang hilang sejak beberapa hari yang lalu.

Sepupu hilang

Menurut Mizz Nina, sepupunya, Khairina Binti Mohd Hishamuddin telah hilang sejak 13 Ogos yang lalu. Tambah Mizz Nina, sepupunya itu merupakan orang kelainan upaya. Kali terakhir Khairina dilihat di sekitar kawasan perumahan di Kampung Baru Kuala Lumpur. Ujar Mizz Nina, Khairina tidak mempunyai telefon bimbit. Jadi, sekiranya mana-mana individu yang berjaya menemui Khairina, Mizz Nina meminta individu berkenaan terus menghubungi nombor telefon yang tertera di posting miliknya.

Semoga Allah jaga dia

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis berdoa agar Khairina berjaya dijumpai dalam masa terdekat. Rata-rata rakan artis turut berkongsi berita mengenai kehilangan Khairina di media sosial mereka.

Sumber: Mizz Nina

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×