berita

Seram Nampak Kereta Mainan Bergerak Di Koridor Pukul 12 Tengah Malam, Pergi Dekat Tak Ada Orang!

July 23rd, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Siapa yang tidak cuak apabila menyaksikan dua kereta mainan bergerak sendiri secara tiba-tiba? Tak dinafikan, mesti bermacam-macam perasaan yang datang, apatah lagi ketika itu sedang bersendirian di rumah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Guard’ Dah Pesan Jangan Naik Tingkat 14, Individu Terkejut Lepas Naik Lif Tiba-Tiba…Seram!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pukul 3 Pagi Anak Menangis Terketar-Ketar, Rupanya Ada ‘Baby’ Tumpang & Main-Main Di Belakang Kereta!

Itulah pengalaman mistik yang dilalui seorang lelaki ini ketika berada di luar rumahnya.

Nampak dua kereta mainan gerak sendiri

Berdasarkan video yang dikongsikan di TikTok, Muhammad Asraf memaklumkan kejadian seram itu berlaku pada hari Jumaat sekitar jam 12 tengah malam dan ketika itu dia mahu pulang ke rumahnya. Tetapi tanpa disangka-sangka, ketika sedang berjalan menuju ke lift untuk ke rumahnya, namun tiba-tiba dia terlihat ada dua kereta mainan bergerak sendiri tanpa ada kelibat manusia yang menaikinya. Berdasarkan video pendek itu, kelihatan banyak kenderaan mainan yang berada di sepanjang koridor tersebut tetapi hanya dua biji kereta sahaja yang bergerak dan selebihnya berada dalam keadaan statik.

Bayangkanhari Jumaat pukul 12am nak balik rumah blok B nak balik naik lift tapi ada si adik dua orang. Dia ni nak main-main ke tu. Hai budak kecil comel. Abe sambung lalu ye nanti sambung main taman pula.

Meskipun begitu, lelaki ini seakan tidak menghiraukan dan meneruskan perjalanannya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui seram selepas menonton video tersebut. Menurut Muhammad Asraf lagi, ini bukanlah kali pertama dia berdepan dengan pengalaman mistik ini tetapi sudah pernah melaluinya sebelum ini.

Seram wehh

@muhamadasraf3Bayangkan hari jumaat pkul12am nk balik rumah block B nk blik ikt lift tapi ad si adk 2 org ##Videoleap ##fyp ##seram ##indonesia ##malaysia ##fyp? ##virall? Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Netizen seram


Sumber: Muhammad Asraf

SKIP THIS AD ×