berita

[VIDEO] Pukul 3 Pagi Anak Menangis Terketar-Ketar, Rupanya Ada ‘Baby’ Tumpang & Main-Main Di Belakang Kereta!

July 9th, 2021 | by Shira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Jin merupakan makhluk ciptaan Allah yang ghaib atau orang sering menyebutnya dengan nama makhluk halus. Bila sebut makhluk halus sudah pasti kita sebagai manusia tidak dapat melihat mereka meskipun mereka berlegar-legar di sekeiling kita. Namun, ada segelintir daripada kita diberi ‘keistimewaan’ untuk melihat makhluk ini termasuklah kanak-kanak.

Itulah yang dilalui ibu bapa ini apabila anak mereka menangis ketakutan seakan melihat sesuatu yang ‘menyeramkan’.

Nampak dua baby dalam kereta

Tangkap layar video

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, kelihatan mereka sekeluarga berada di dalam sebuah kereta. Seorang kanak-kanak yang dikenali dengan nama Aidan menangis sambil mengadu kepada ibunya bahawa dia melihat ada dua orang bayi perempuan berada di belakang abangnya yang duduk di tempat duduk bahagian belakang kereta tersebut. Lebih menyeramkan apabila Aidan mendakwa bayi tersebut sedang memandangnya.

Badan dia memang terketar-ketar time ni. Ada nampak baby dekat belakang Acuh (abang).

Jelas wanita ini lagi, mereka sekeluarga terpaksa melalui jalan lama kerana jalan banyak yang ditutup disebabkan banjir. Menurutnya, kejadian seram itu berlaku pada bulan Disember lalu sekitar jam 3 pagi dan ketika itu tiada satu kereta pun yang melalui kawasan tersebut.

Sepanjang perjalanan memang rasa meremang tapi buat tak tahu sebab first time lalu jalan tu sampailah Aidan menangis dan cakap nampak ‘baby’ dekat seat belakang.

Bercerita dengan lebih lanjut, mereka kemudian membuat keputusan untuk patah balik dan berhenti di masjid sehinggalah waktu subuh.

Sebelum tu, Aidan cakap ada yang lambai tepi tingkap muka macam raksasa tapi dah tak ada. Tinggal baby je ada dalam kereta. Baby tu baby girl. Cantik, pakai baju girl, tak ada rambut. Ada dua orang tengah main dekat belakang.

Seram!

@dylladarlyofficialperjalanan plg seram..mula2 bau busuk at kereta, Lepas tu Aidan mengadu nak muntah,, lepas tu nampak baby pula??? ##fyp? ##fypage ##seram? Creepy, scary, horror, synth, tension – Sound Production Gin

@dylladarlyofficialpart 2 patutlah tiba-tiba kereta bau busuk rupanya ada “penumpang” ? ##fyp? ##fypdongggggggg ##fypage ##seram? Creepy, scary, horror, synth, tension – Sound Production Gin

‘Nasib baik tak kacau lebih-lebih’

@dylladarlyofficialpart 3,baru tahu ,ramai yang cakap jalan Rompin tu sgt Keras?? seb baik tak kacau lebih2? Creepy, scary, horror, synth, tension – Sound Production Gin

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang dengan keadaan Aidan. Namun, wanita ini memaklumkan anaknya hanya mengalami demam selama sehari sebelum keadaannya kembali pulih seperti sediakala. Tidak kurang juga ada dalam kalangan netizen menasihati orang ramai terutamanya ibu bapa yang mempunyai anak kecil supaya lebih berhati-hati ketika melalui kawasan yang gelap dan berhutan.

Sumber: Dylla Darly

SKIP THIS AD ×