Keganasan pedofil merupakan satu ancaman yang berbahaya kepada kanak-kanak di mana pelakunya mempunyai nafsu seksual terhadap kanak-kanak yang berumur bawah 13 tahun. Lazimnya, kanak-kanak tersebut akan diculik terlebih dahulu sebelum menjadi mangsa kerakusan pedofil itu.
Terdapat satu kisah yang melibatkan seorang pemuda Jason Vakovich, yang sanggup berkorban nyawa dan keselamatannya demi membalas dendam kepada pelaku jenayah pedofil. Kini, dia terpaksa menghadapi hukuman penjara selama 25 tahun atas kelakuannya.
Siapa Jason Vakovich?
Foto: IBCIG
Jason Vakovich dilahirkan pada tahun 1975, di Anchorage. Beliau kini yang berusia 45 tahun, mengaku tidak pernah mengenali bapa kandungnya. Seawal 4 tahun, dia mula didera oleh bapa tirinya, walaupun kedua ibu bapanya mempunyai pegangan agama Kristian yang kuat, tetapi mereka tetap mendera Jason.
Sejak kecil lagi, dia sudah terbiasa dibuli oleh persekitarannya. Hal ini menyebabkan dia berpindah ke negara Washington tanpa sebarang pengenalan diri pada umur 16 tahun. Dia yang kini berusia 45 tahun, mengakui pernah terlibat dalam aktiviti mencuri demi kelangsungan hidup.
Dihukum penjara 25 tahun
Kini, Jason dihadapkan hukuman penjara selama 25 tahun. Dia dikenakan hukuman tersebut akibat menyerang 3 pesalah kes pedofil yang mempunyai rekod. Kesalahan tersebut dilakukan pada musim panas 2016, apabila dia memasuki rumah ketiga-tiga pesalah itu lalu memukul dan menumbuk dengan bersenjatakan tukul.
Menurut Jason, dia bertindak menyerang pelaku pedofil disebabkan dia ingin menghalang perbuatan tersebut daripada terus menjadi kebiasaan dalam masyarakat. Tambahnya, dia sejak kecil lagi tidak pernah mendapat sebarang bantuan semasa dia didera secara fizikal, mental dan seksual.
Dia tidak mahu apa yang pernah dialaminya berulang kembali kepada kanak-kanak yang sepatutnya bebas bermain tanpa perlu takut dengan sebarang ancaman.
The Unsung Hero
Sumber: Anchorage Daily News
Tindakan yang diambil oleh Jason dipandang mulia oleh masyarakat dan sepatutnya tidak disalah erti akan tindakan yang diambil olehnya. Menurut change.org tindakan yang dikenakan terhadap Jason adalah tidak adil dan wajar kerana dia sanggup mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan kanak-kanak daripada menjadi mangsa pedofil.
Bagi Jason, mungkin dia kehilangan kebebasan hidup akibat tindakannya, tetapi dia berasa puas apabila orang lain dapat menjalani kehidupan seperti biasa dan tidak mengalami mimpi buruk seperti mana yang dia telah alami.
Petisyen untuk membebaskan Jason
Foto: IBCIG
Terdapat juga petisyen yang dibuat untuk Jason dengan menggunakan slogan “Please help free Jason Vukovich” supaya dia dibebaskan daripada hukuman penjara tersebut. Menurut portal tersebut, aktiviti pedofil akan berjalan seperti biasa kerana Jason sedang menjalani hukuman dan pelaku pedofil bebas seperti biasa.
Hal ini secara tidak langsung, menakutkan semua pihak terutamanya ibu bapa dan kanak-kanak. Petisyen tersebut kini, telah mendapat lebih daripada 250 sokongan bagi membebaskannya.
Ibu bapa dinasihat untuk menjaga anak-anak dengan sebaik mungkin dan memberi pendidikan awal mengenai aktiviti ini supaya kanak-kanak cakna jika sesuatu terjadi kepada mereka.
Sumber: IBCIG, Anchorage Daily News & Change.org