berita

Serina Tegur Isteri Bekas Suami Hina Allah, Fitnah Keluarga

October 6th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Umum mengetahui Serina Redzuawan yang merupakan anak kepada chef terkenal iaitu Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan telah mendirikan rumah tangga bersama Gavin Edward O’Luanaigh atau nama islamnya ialah Salahudin Ghafar pada Januari 2010. Namun, hubungan perkahwinan hanya bertahan selama tujuh tahun dan telah bercerai dengan talak satu pada bulan Ogos 2017.

Terbaru, anak kepada chef terkenal ini bertindak memuat naik status di laman Instagram yang mendakwa dia dan keluarga telah difitnah dengan pelbagai tomahan oleh isteri kepada bekas suaminya.

Bukti tuduhan oleh isteri bekas suami

Dalam pada itu, Serina memuat naik satu posting yang menunjukkan komen buruk terhadap dirinya yang ditinggalkan isteri kepada bekas suaminya itu. Serina juga turut mendakwa bahawa wanita ini cuba menabur fitnah dan memburukkan bapanya dengan menuduh Chef Wan telah melayan serta melakukan perkara tidak baik ke atas cucunya sendiri.

Isteri kepada bekas suaminya itu turut mengatakan bahawa Serina tidak melakukan apa-apa tindakan terhadap isu anak-anaknya walaupun dia mempunyai hak untuk memohon bukti ke atas tuntutannya mencabar perintah mahkamah.

‘Jangan kurang ajar hina Allah’

Menerusi entri tersebut, Serina mendedahkan rasa kurang senangnya dengan sikap biadap wanita tersebut yang telah menghina Allah SWT. Menceritakan perkara itu, dia turut mendakwa dirinya dianiaya apabila bekas suaminya tidak membenarkan dia berjumpa dengan anak-anaknya sendiri.

Tambahnya lagi, sebelum ini tiada apa masalah yang berlaku mengenai hal ini walaupun hak penjagaan ke atas anak-anak jatuh kepada bekas suaminya itu. Serina meluahkan rasa risau dengan keadaan anak-anaknya yang dibesarkan oleh bekas suami dan isterinya yang tidak mengikut cara Islam.

Kini, Serina dikatakan dalam proses membuat permohonan hak penjagaan terhadap anak-anaknya.

Sumber: Serina Redzuawan

 

SKIP THIS AD ×