berita

Sering Bawa Watak Antagonis, Shakilla Khoriri Dapat Ugutan Simbah Asid

March 25th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

shakilla khoriri-6

Walaupun sudah menceburi industri tanah air sejak 8 tahun yang lalu, nama Shakilla Khoriri dilihat agak kurang dikenali berbanding pelakon-pelakon yang lain.

Mungkin dek kerana kurangnya kontroversi yang melanda dirinya, Shakilla sering diberikan watak sebagai pelakon pembantu terutamanya yang bersifat antagonis dalam sesebuah drama.

Namun apa yang mengejutkan, pelakon berusia 25 tahun ini memberitahu bahawa disebabkan seringkali membawa watak jahat dalam drama lakonannya, dia telah diugut untuk disimbah asid oleh seseorang individu yang tidak dikenalinya.

shakilla khoriri-7

Shakilla menerima ugutan untuk disimbah asid

“Dalam 2 bulan lepas saya menerima ugutan di laman sosial daripada seseorang yang mahu simbah asid ke muka saya sebab watak jahat yang saya bawa. Atas nasihat ahli keluarga dan kawan-kawan, saya sudah pun buat laporan polis.

Individu tersebut juga ada kirimkan gambar saya yang telah diconteng dengan warna merah. Saya agak takut jugalah kan sebab saya selalu balik lewat malam sebab ada shooting.”

Malah, Shakilla juga menceritakan bahawa dia pernah diserang ketika sedang mengadakan roadshow sebuah drama bersama beberapa orang pelakon yang lain.

shakilla-1

Shakilla bakal bawa watak antagonis dalam drama Aku Isterinya

“Saya dah perasan daripada awal yang ada seorang mak cik tu pandang saya macam tak puas hati. Tiba-tiba masa tengah bergambar dengan peminat, dia datang tepi saya dan pukul belakang bahu saya sekuat-kuatnya dengan beg tangan besar yang dibawanya.

Saya terkejut, tetapi buat tenang sebab nak cover daripada orang semua. Tapi memang sakitlah. Bila dia dah nak pergi tu dia ada cakap yang jangan ganggu rumahtangga orang dan jangan tunjuk muka dekat sini lagi serta panggil saya dengan nama watak yang saya bawa. Daripada situ saya tahulah kenapa dia marah saya.”

Menerima segala tohmahan yang diberikan, Shakilla dalam masa yang sama juga berpuas hati kerana lakonannya sebagai watak antagonis memberi kesan di hati penonton dan sekaligus membuktikan bahawa dia berjaya membawa wataknya dengan baik.

Tidak berputus asa dengan segala dugaan yang menimpa, dia sekali lagi akan membawa watak jahat dalam drama Aku Isterinya yang bakal ditayangkan bermula pada 31 Mac ini.

Agaknya ada tak penonton yang akan terlebih emosi dan marah dengan Shakilla dalam drama terbarunya ini? Jom sama-sama kita nantikan.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×