berita

Sering Dibuli & Diejek Sebab Kurus, Pipi Terlajak Bulat Lepas Ambil Ubat Naikkan Berat Badan

August 7th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Isu body shaming bukan satu perkara yang baru dan mana-mana individu yang terlampau kurus mahupun terlampau gemuk sudah pastinya menjadi mangsa individu-individu yang tidak bertanggungjawab.

Kutukan yang diberikan secara tidak langsung, menyebabkan seseorang itu berasa sedih dan mula berusaha bagi mendapatkan tubuh badan yang ideal seperti mana yang diidamkan.

Sering dibuli dan dimasukkan ke hospital

Foto: Tangkap layar video

Seperti perkongsian seorang gadis dari negara Indonesia, dikenali sebagai PacarnyaAbangIpul menerusi beberapa buah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, tampil menceritakan apa yang dilakukan olehnya bagi mengatasi masalah kurang berat badan.

Ujar gadis ini, dia mengambil keputusan untuk mengambil ubat penambah berat susulan ingin mengubah fizikalnya yang kurus sebelum ini. Pada masa yang sama, dia juga sempat menceritakan kisah pahit apabila sering dibuli dan dimasukkan ke hospital berikutan fizikal tubuh badannya yang kecil. Susulan mengambil ubat itu, gadis ini berjaya menaikkan berat badannya sebanyak 16 kilogram.

Hello, jadi banyak sangat yang tanya pasal pipi dengan badan aku. Ya aku memang tengah consume ubat gemuk kerana aku ingin gemuk dulu aku kurus kering guys! Dulu selalu kena buli, keluar masuk hospital sebab aku kurus kering dan aku tak tahu kenapa. Aku dah habis 3 botol dari 48kg sekarang 56kg.

Pada masa yang sama, gadis ini juga sempat berkongsi foto-foto yang dahulu ketika berat mencecah 39 kilogram. Ujarnya lagi, walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk menaikkan berat badan, perkara tersebut sama sekali tidak membuahkan hasil berikutan keturunannya yang memiliki genetik tubuh yang kecil.

Video penuh:

@pacarnyabangipulBalas @korbanwedokan lunass yaa????? suara asli – PACARNYABANGIPUL

@pacarnyabangipulBalas @yukisiregar_ nihh lunas ya jgn dibully?? suara asli – PACARNYABANGIPUL

@pacarnyabangipulsemoga menjawab semua pertanyaan kalian yaa??aku ga nyaranin buat minum obat ini yaa krna mmg setiap obt pasti ada efeknya??? suara asli – PACARNYABANGIPUL

Sumber: PacarnyaAbangIpul

SKIP THIS AD ×