berita

‘Sering Difitnah, Dikecam & Dipandang Hina’ – Viral Gadis Bujang Ambil Anak Angkat, Ini Kisah Sebaliknya..

February 26th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Baru-baru viral apabila seorang wanita bujang kongsi perjalanan hidupnya mengambil anak angkat sejak dari kecil. Perkongsian di TikTok itu raih perhatian ramai yang rata-rata memuji sikap wanita ini yang berkorban membesarkan anak seorang diri.

Malah wanita yang dikenali sebagai Nur A’minahtul Mardiah Md Nor itu akui keputusan yang dibuat 8 tahun lalu memberi kebahagian dalam hidupnya.

Difitnah berzina

@aminahtulmarrdiahAdoption. This is the best decision in my life. #adoption #foryou #tiktokmalaysia #ibu? Rindu setengah mati cover by ramadanramli – ????

Menurut Aminah, dia mengambil anak angkatnya, Eusoff selepas lima jam dia dilahirkan lalu menjaganya dan kini sudah berusia 8 tahun. Selain itu, kehadiran Eusoff merubah kehidupannya dan memberi semangat untuknya dalam menjalani kehidupan.

Namun, dia tidak lari dari berdepan dengan pelbagai tohmahan dan fitnah orang sekeliling kerana statusnya yang belum mendirikan rumah tangga

Memang bukan mudah membesarkan Eusoff kerana tohmahan orang luar yang amat menyakitkan hingga saya difitnah berzina dan dipandang serong gara-gara belum berkahwin. Namun, kehadiran Eusoff dalam hidup saya amat bermakna dan menguatkan semangat dalam membesarkannya seperti darah daging sendiri.

Walaupun begitu, dia berpuas hati dan bangga melihat Eusoff membesar dan berjaya menutup mulut orang yang membuat tohmahan ke atas dulu. Ujarnya lagi, dia memelihara kanak-kanak itu lima jam selepas dilahirkan ibunya di Johor dengan mengikut prosedur yang sah.

Tak halang Eusoff jumpa ibu kandung

Memang niat saya jika tidak berkahwin pada usia 25 tahun, saya ingin mengambil anak angkat, tetapi pada masa itu belum ada rezeki. Namun, apabila ada peluang kebetulan ibunya tidak mampu memeliharanya, saya pun setuju walaupun ketika itu Eusoff masih dalam kandungan ibunya lagi.

Sejak itu, saya menjaga ibunya termasuk urusan rutin pemeriksaan bulanan, malah selepas Eusoff selamat dilahirkan pada 22 Februari 2013 pun saya masih tidak mengabaikan kebajikan ibunya.

Tambahnya lagi, dia mengambil pil dan suntikan hormon tiga bulan sebelum Eusoff dilahirkan bagi menyusukan kanak-kanak itu. Walaupun begitu, hubungan dia dan ibu kandung Eusoff sangat baik malah anak angkatnya sendiri tahu bahawa dia bukan ibu kandung.

Alhamdulillah, walaupun sukar saya bersyukur dapat menyusukan Eusoff sehingga enam bulan pertama sebelum disambung kakak saya selama setahun dan seorang ibu susuan sehingga usianya mencapai dua tahun.

Dalam pada itu, dia tidak pernah menghalang Eusoff untuk berjumpa dengan ibu kandungnya kerana mereka masih ada hak.

Saya tidak tahu apa alasan sebenar ibunya tidak mampu menjaganya dulu tetapi saya yakin ini semua aturan Allah dan saya bersyukur diberi peluang memelihara anak ini. Insya-Allah saya akan menjaga amanah ini.

Sumber : Harian Metro, Tiktok

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×