berita

Sering Dihina Tidak Pandai Memasak, Wanita Ini Anjurkan ‘Majlis’ Khas Untuk Keluarganya

June 27th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Apakah perasaan anda jika ahli keluarga sendiri sanggup menghina keadaan fizikal dan sebagainya? Ini yang berlaku kepada seorang wanita di India apabila dia dihukum mati atas pertuduhan membunuh lima orang dari ahli keluarganya dalam sebuah majlis ‘makan-makan’, Isnin lalu. Bukan itu sahaja, malah kira-kira 120 orang tetamu telah hadir ke majlis berkenaan dan kini mereka sedang dirawat di hospital.

Sering dihina kerana warna kulit, nekad bunuh

Dalam kejadian di daerah Raigad, tertuduh bernama Pradnya Survase (23 tahun) didakwa mencampurkan sejenis racun untuk membunuh ular ke dalam kuah dal yang dihidangkan kepada tetamu di majlis makan-makan. Survase mempunyai niat untuk membunuh suaminya, ibu mertua serta dua kakak ipar dan seorang birasnya.

Menurut pihak polis, Survase sering dihina hampir setiap hari oleh ahli keluarga kerana warna kulitnya. Selain itu, Survase turut dicaci kerana dia tidak pandai memasak.

Kata jurucakap polis kepada Hindustan Times;

Sejak perkahwinannya dua tahun lalu, dia telah dihina hampir setiap hari kerana berkulit gelap dan tidak dapat memasak dengan baik.

Survase yang pernah gagal dalam perkahwinan pertamanya mempercayai saudara mara beliau juga telah merosakkan hubungannya dengan suami.

Menurut laporan media tempatan, dianggarkan 120 orang tetamu telah hadir ke majlis itu yang bermula dari jam 2.30 petang hingga 11.30 malam. Walaubagaimanapun, beberapa jam kemudian tetamu lain yang menikmati makanan mula muntah dan sakit perut. Kini mereka sedang dirawat di hospital.

Selain itu, ujian Forensik mendedahkan bahawa racun tersebut wujud di dalam kuah dal yang dijamu Survase di majlis tersebut. Racun itu turut dijumpai berhampiran rumah mangsa. Tertuduh didakwa atas tuduhan membunuh dan konspirasi cubaan membunuh di bawah Kanun Keseksaan India.

Sumber: Astro Awani
The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×