Seorang wanita Thailand menyerah diri kepada polis dan mengaku bahawa dia mengupah seorang lelaki bersenjata untuk membunuh anak lelakinya yang ketagih dadah.
Artikel Berkaitan: Dakwa Anak Dibunuh Datuk & Bapa Saudara, ‘Si Mati’ Buat Kejutan Datang Mahkamah
Artikel Berkaitan: Lelaki Kutip Hutang Maut Kena Tembak Di Leher
Ditembak mati
Gambar sekadar hiasan
Menerusi laporan Thaiger News, polis Chiang Khan, Thailand telah menerima laporan mengenai kematian seorang lelaki bernama Weeraphan Phothong, 31, pada 9 November lalu.
Ibu mangsa,57, pada awalnya mendakwa dia hanya mengetahui tentang kematian anaknya melalui jirannya kerana dia tinggal kira-kira 2 kilometer dari rumah mangsa.
Menurut Kaew, anaknya sedang berjuang melawan ketagihan methamphetamine dan sering menyerangnya secara fizikal sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan serius di dagu apabila Weeraphan di bawah pengaruh dadah.
Disebabkan kekurangan maklumat mengenai motif di sebalik penembakan itu, Kaew menegaskan tidak berminat untuk melakukan sebarang siasatan terhadap kematian anaknya.
Walau bagaimanapun, pada 11 November, Kaew menyerah diri kepada polis dan mengaku merancang pembunuhan anaknya.
Tambah Kaew, dia tidak tahan lagi dengan serangan fizikal itu dan bekerjasama dengan kakaknya, Sarn Phothong, 65, untuk merancang pembunuhan itu.
Sarn telah mengupah seorang lelaki bersenjata dengan bayaran 25,000 baht (RM3,268) untuk menembak dan membunuh Weeraphan di rumahnya.
Kaew menyatakan bahawa dia, Sarn, dan lelaki bersenjata itu menyesali apa yang telah mereka lakukan dan memutuskan untuk menyerahkan diri kepada polis.
Selain itu, bekas isteri Weeraphan, Jarupat Singchum, 26, memberitahu bahawa dia menjalin hubungan dengan mangsa kira-kira enam tahun dan mereka mempunyai dua anak.
Oleh kerana sering didera secara fizikal, dia memutuskan untuk bercerai dengan Weeraphan pada tahun lepas.
Sumber: Thaiger News