berita

Sering Kongsi Tips Menarik Didik Anak, Ini Sebab Sheikh Muszaphar & Isteri Contoh Ibu Bapa Terbaik

February 20th, 2019 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Sesiapa yang mengikuti angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar di Instagram pasti terhibur melihat keletah anak-anaknya, Bella, Tasha, Adam dan Noah yang comel dan bijak. Ada sahaja momen-momen menarik yang berjaya dirakam bapa kacak ini sehingga membuatkan netizen tidak bosan melihat anaknya.

Sheikh Muszaphar juga kerapkali berkongsi pengalaman mengadu anaknya dan kadang-kadang bermakna sebagai seorang ayah. Sekurangnya, bolehlah jadi tatapan bila anak-anaknya besar nanti kan? Pengikut pun turut sama terkesan dan turut belajar panduan mendidik anak secara tak langsung.

Tasha mengadu selepas kelas mengaji

https://www.instagram.com/p/BuDBNpjHgMY/

Melalui salah satu postingnya, dia berkongsi detik bersama Tasha yang baru pulang dari kelas mengaji.

Semasa menjemput Tasha saya dapati dia seakan sedih. Apabila ditanya kenapa bersedih, anaknya itu menceritakan bahawa ustazah telah memarahinya kerana mahu baring selepas membaca satu muka surat Al-Quran.

Bagi menenangkan perasaan anaknya itu, dia memberi ciuman dan pelukan sambil memujuk anaknya agar tidak bersedih.

Di samping berkongsi detik tersebut, dia juga menulis bahawa rutin menghantar mahupun mengambil anak pulang dari sekolah dan kelas mengaji menjadi kebiasaan buat dirinya kerana setiap kali anaknya pulang dia akan bertanyakan bagaimana hari mereka.

A child always be happy inside

Tambahnya, setiap anak perlu berasa gembira kerana mereka masih kecil dan perasaan untuk belajar sesuatu yang baru dalam dunia yang penuh kebahagiaan mampu membuatkan mereka membesar dengan baik.

Antara detik terindah

https://www.instagram.com/p/Bt7EIN1nFcB/

Detik di mana dia menjaga anak kembarnya sewaktu mereka mengalami demam panas. Untungya dapat bapa yang sayang dan ambil berat sampai macam ni.

Rutin setiap hujung minggu

https://www.instagram.com/p/Bt9_Rz0HkkD/

Detik terindah untuk setiap hujung minggu apabila menghantar anak-anaknya ke kelas Taekwando sambil mengikat tali pinggang mereka.

Netizen puji dan minta tips

Rata-rata netizen kagum dengan cara didikan Dr Sheikh Muszaphar dalam mendidik anak-anaknya. Sehinggakan ramai yang bertanya tips melalui posting tersebut.

Dr Sheikh Muszaphar mendirikan rumah tangga bersama Dr Halina Mohd Yunus pada 10 Oktober 2010 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Sumber: Dr Sheikh Muszaphar

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×