Orang ramai tidak melepaskan peluang berinteraksi dengan artis terkenal dan pempengaruh popular yang merupakan barisan duta Jakel menerusi sesi Meet & Greet di Bangunan Jakel, Shah Alam pada Sabtu.
Majlis ramah mesra
Pengunjung yang hadir berpeluang untuk beramah mesra bersama Fattah Amin, Amira Othman, Nabil Ahmad seisi keluarga, Cik Epal serta Elly Mazlein.
Turut sama adalah, anggota kumpulan pelawak Senariounion, Upin & Ipin serta tiktoker Sallywho.
Pengarah Urusan Jakel Trading Sdn. Bhd., Datuk Wira Mohamed Izani Mohamed Jakel berkata, acara yang bermula 9 pagi hingga 2 petang adalah bertujuan merapatkan hubungan pelanggan dengan Jakel pada masa sama membuka peluang orang ramai melihat produk terkini ditawarkan sempena Raya Aidilfitri tahun ini.
Kita berharap para pelanggan serta peminat menikmati peluang ini bertemu dan beramah mesra dengan barisan duta-duta kami sempena kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025.
Para pengunjung bukan sahaja boleh bertemu, malah mereka boleh bergambar dengan barisan duta yang hadir.
Dapat diskaun
Tambah Mohamed Izani, Jakel turut mengadakan kuiz interaktif yang bakal menawarkan hadiah menarik kepada para pengunjung.
Demi menghargai pelanggan setia kami, pengunjung yang hadir pada acara ini juga berpeluang mendapatkan kupon bagi pembelian baju raya untuk potongan harga.
Mereka yang hadir berpeluang untuk mendapatan koleksi raya terbaharu Jakel dengan menampilkan warna dan trend terkini meliputi semua peringkat umur.
Jelasnya, pengunjung juga tidak perlu bimbang berhubung soal keselesaan kerana Jakel menyediakan kemudahan parkir yang luas dan percuma.
Pelanggan yang hadir juga tidak perlu risau tentang ruang beli belah, kerana ia luas dan selesa.
Malah kami juga menyediakan kemudahan buggy bagi memastikan pengunjung seperti warga emas selain golongan bantuan khas dapat bergerak lebih mudah dari kawasan parkir ke bangunan utama.