berita

Sertai Misi Kemanusiaan Di Syria, Anuar Zain Tampil Dengan Imej Baru

April 11th, 2022 | by khairil
Kini Trending

Foto: Anuar Zain Network

Penyanyi terkemuka tanah air, Anuar Zain selamat bertolak ke Lubnan bagi mengikuti misi bantuan kemanusiaan bersama pasukan Syria Care, semalam.

Artikel Berkaitan: Label Seseorang Gay Hingga Jatuh Maruah, Peguam Kata Tertuduh Boleh Ambil Tindakan Saman Fitnah

Rambut baru tarik perhatian netizen

Foto: Anuar Zain

Penampilan terbaharu penyanyi popular, Anuar Zain dengan berimej rambut pendek ketika di perkarangan lapangan terbang sebelum berangkat ke Lubnan malam tadi.

Terima kasih hantar ke airport. Jumpa kalian dalam masa terdekat nanti.

Dalam hantaran di laman Instagram miliknya, Anuar yang berbaju merah diiringi oleh ahli keluarga itu kelihatan ceria sebelum memulakan misi kemanusiaan bersama Syria Care.

Tunai tanggungjawab penyumbang

Foto: Syria Care Malaysia

Memetik kenyataan Syria Care, misi tersebut mencakupi urusan bantuan bekalan makanan dan agihan makanan yang akan dilaksanakan kepada penerima sasaran.

Misi ini terbahagi kepada dua pasukan yang mana, pasukan pertama telah pun berada di bumi Syria pada minggu pertama Ramadan lalu untuk mengurus selia proses pelaksanaan agihan bantuan.

Pasukan misi Syria Care seterusnya akan bertolak ke Lubnan pada 10hb April (semalam) bersama Anuar dan akan bertemu pasukan di sana untuk tujuan ini. Anuar dijadualkan berada di Lubnan selama 7 hari. Misi Syria Care juga adalah bagi memastikan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh penyumbang dilaksanakan dengan baik.

Bagi mereka yang ingin menyumbang khususnya menaja set iftar serendah RM15 atau pek makanan kering bernilai RM150 boleh berbuat demikian melalui pautan khas Anuar Zain iaitu donate.syriacare.org.my/order/form/oderfood/anuarzain.

Sumber: Anuar Zain Syria Care Malaysia

SKIP THIS AD ×