Kontroversi yang dicetus oleh usahawan ‘panas’ Datuk Seri Vida nampaknya masih belum menemui titik noktah. Tuduhan yang dilemparkan Vida kepada penyanyi Anuar Zain telah membuatkan ramai yang lantang bersuara.
Artikel Berkaitan: Suka Cari Publisiti Murahan, Fazley Hilang Hormat Dengan Vida – ‘Kaya & Popular Tidak Menjamin Adab …’
Artikel Berkaitan: ‘Hati-Hati Bila Berkata, Jaga Anak Sendiri Dahulu’ – Ernie Zakri
Artikel Berkaitan: Menyesal Terlepas Cakap, Vida Mohon Maaf Dengan Anuar Zain – ‘Saya Harap Sangat Dapat Berjumpa In Person, Ada Projek Besar’
Boleh buat tuntutan saman?
Seorang peguam, Nor Zabetha Muhammad Nor turut terpanggil untuk memberi penjelasan sama ada isu berkenaan boleh diambil tindakan undang-undang atau tidak.
Menerusi hantaran di Facebook, Nor Zabetha berkata tertuduh boleh melakukan tuntutan saman fitnah di mahkamah sekiranya telah menjatuhkan maruah diri.
Melabelkan seseorang dengan panggilan gay di hadapan orang ramai, boleh saman atau tidak?
Bukan setakat melabelkan seseorang gay sahaja, malahan tuduhan-tuduhan yang lain yang menjatuhkan maruah seseorang sehingga menyebabkan orang awam benci, marah atau memulaukan orang yang dituduh juga membolehkan seseorang memulakan tuntutan saman di mahkamah.
Misalnya tuduhan seperti “perempuan murah”, “penzina” dan lain-lain.
Jadi jelas sekiranya seseorang dituduh sebagai gay akan menyebabkan masyarakat umum memandang rendah kepadanya, menjauhi, memulaukan dan terdedah kepada kebencian. Maka orang yang dituduh tadi boleh mengambil tindakan saman fitnah.
Bagi contoh kes
Dalam pada itu, Nor Zabetha turut memberi contoh dengan berkongsi kes seorang pemimpin politik, Lim Kit Siang dengan Utusan Malaysia (M) Sdn Bhd pada tahun 2013.
Saya ingin rujuk kepada kes “Lim Kit Siang v Utusan Melayu (M) Sdn Bhd [2014] 1 LNS 1495, mahkamah telah memberikan definisi kepada apakah perkataan atau ayat yang mempunyai kecenderungan fitnah untuk membolehkan Plaintif membuat tuntutan ganti rugi.
Dalam kes Lim Kit Siang ini, dia menyaman Utusan Malaysia bagi artikel yang telah diterbitkan dalam akhbar Defendan pada 18.8.2013.
Setelah meneliti segala bukti-bukti dan keterangan saksi, mahkamah berpendapat bahawa artikel yang dikeluarkan adalah berbentuk fitnah dan Defendan diarahkan membayar ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi tauladan secara keseluruhan sebanyak RM250,000.00 dan kos sebanyak RM25,000.
Sebelum ini, menerusi satu siaran ‘live’ di media sosial, Vida didakwa melabel Anuar sebagai seorang yang mengamalkan hubungan sejenis. Tindakan keterlaluannya itu juga telah membuatkan kakak Anuar iaitu Ziana Zain menulis komen ‘sangat biadap’.
Kemudian, Vida tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi sebuah video di Instagram (IG) miliknya. Menurut Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, dia tidak berniat seperti yang didakwa dan beranggapan mungkin dia sudah terlepas cakap.
Sumber: Facebook @Nor Zabetha