Korang pernah dengar tak tentang aplikasi PAYLATER dimana ia adalah salah satu aplikasi yang menyediakan kemudahan pembiayaan yang fleksibel. Aplikasi ini juga membolehkan korang untuk membeli belah tau!
Selain itu, PAYLATER juga menyediakan tawaran dan contest menarik. Kalini, korang mesti kena join! Ha…nak tau apa lagi yang best, jom lah tengok!
1. Pemberian baucar tunai 5 hari bernilai RM10,000 menanti korang!
Bermula 8 Jun hingga 12 Jun 2021, PAYLATER akan memberikan kod baucar tunai bernilai RM10,000 setiap hari. Mereka akan paparkan kod baucar tersebut di media sosial mereka setiap hari.
Jadi, kalau korang taknak terlepas, jangan lupa untuk mengikuti halaman Facebook dan Instagram mereka untuk mendapatkan kod dan menebus baucar dalam aplikasi PAYLATER.
Hanya tertakluk dengan terma dan syarat oleh mereka ya. Antaranya adalah:
- Perbelanjaan minimum RM450 ke atas dalam satu resit diperlukan untuk menggunakan Kod Baucar.
- Tarikh luput baucar: 6 Julai 2021.
- Baucar sah untuk semua rakan kongsi PAYLATER yang terlibat termasuk PAYLATER Mall dan in-store.
Nak tau lebih lanjut, boleh tengok dekat SINI.
2. PAYLATER bantu hasrat korang untuk menjadi kenyataan!
Ha… paling best, mereka juga ada buat contest tau, iaitu PAYLATER Grant Your Wish. Hadiah untuk dimenangi tu pun bukan yang biasa-biasa tau.
Korang berpeluang untuk membeli barangan yang korang inginkan di PAYLATER Mall dengan percuma! Nak tau kenapa? Sebab PAYLATER akan bayar semua item korang bernilai sehingga RM10,000! Best gila kan?
Peraduan ini bermula dari 8 Jun hingga 27 Jun sahaja tau! Kalau korang nak join, ikut je langkah dibawah ni:
- Follow kedua-dua laman Facebook dan Instagram PAYLATER.
- Tambah item produk ke senarai wishlist korang di PAYLATER Mall dan jumlah pembayaran mestilah bernilai RM10,000.
- Lengkapkan borang dalam talian dan lampirkan bersama tangkapan skrin senarai wishlist korang.
3. Peraduan Lucky Wednesday!
Ada satu lagi contest menarik yang korang boleh join ni! Hadiah yang bakal dimenangi pun banyak juga. Korang tinggal pilih je nak yang mana!
Antaranya adalah Nintendo Switch, Garmin vívoactive 3 Element, Airpod Pro atau Sony 32” LED TV. Wahh! Best kan?
Nak tau macam mana nak dapatkan hadiah-hadiah tersebut? Mudah je, ikuti langkah dibawah:
- Follow kedua-dua laman Facebook dan Instagram PAYLATER.
- Berbelanja minimum RM100 ke atas dalam satu (1) resit di mana-mana merchant yang bekerjasama dengan PAYLATER sepanjang kempen berlangsung.
- Lengkapkan borang dalam talian dengan mengisi semua yang diperlukan serta lampirkan tangkapan skrin pesanan pembelian korang sebelum menghantar penyertaan.
Ha… macam mana? Senang je weh kalau korang nak join. Peraduan ini bermula dari 8 Jun hingga 6 Julai 2021. Tapi ia tertakluk kepada terma dan syarat juga tau!
Setiap peserta boleh menghantar maksimum tiga (3) penyertaan sahaja. Selain itu, peserta yang membeli di PAYLATER Mall akan mempunyai nilai penyertaan 3x setiap resit. Kemudian, pemenang mingguan akan dimumkan pada setiap hari Rabu.
Tunggu apa lagi? Jom jadi pemenang bertuah PAYLATER!
Banyak betul kelebihan bila menggunakan aplikasi PAYLATER ni kan? Bukan setakat dapat membeli-belah, malah berpeluang mendapatkan tawaran menarik serta menyertai peraduan dan menangi hadiah hebat!
Jadi, korang tunggu apa lagi tu? Cepat-cepat sertai sebelum terlepas hadiah menarik tu! Untuk ketahui lebih lanjut tentang PAYLATER ni, korang boleh layari laman web mereka di SINI.