Buat korang yang suka shopping online, bersiap sedia untuk acara paling epik tahun ini!
TikTok Shop akan melancarkan 11.11 Mega LIVE Showdown pada 10 November 2024, dari jam 7 malam hingga 11 malam, dan korang tak boleh lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan live hebat sambil merebut pelbagai diskaun dan hadiah eksklusif!
TikTok Shop tawar promosi, tawaran eksklusif, baucar menarik & hadiah gempak!
Kalau korang nak tahu, TikTok Shop 11.11 Mega LIVE Showdown kali ini penuh dengan pelbagai tawaran eksklusif seperti promosi ‘Buy 1, Get 1 Free Gift’ dan dapatkan 1 hadiah eksklusif percuma apabila korang beli produk dari jenama-jenama popular seperti Vivo, Goodnite, Laneige, Ogawa, Lancome, Offspring dan banyak lagi sepanjang 11.11 Grand Liveshow!
*Tertakluk terma dan syarat.
Terdapat berbagai jenis baucar menarik untuk kempen ini bernilai keseluruhannya RM11 juta, seperti Baucar Penghantaran Percuma, Baucar Diskaun Platform, dan Baucar Diskaun Penjual.
Pengguna boleh menikmati unlimited baucar penghantaran percuma setiap hari, menjadikan kempen ini lebih istimewa bagi yang ingin membeli secara berjimat!
Baucar-baucar ini direka khas untuk digabungkan atau “stackable”, jadi korang boleh menebus ketiga-tiga baucar dalam satu transaksi bagi mendapatkan diskaun maksimum.
Contohnya, jika korang beli satu produk, korang boleh menggunakannya bersama Baucar Penghantaran Percuma, Baucar Diskaun Platform, dan Baucar Diskaun Penjual semasa checkout untuk mendapatkan harga terendah!
Tonton 15 pencipta kandungan LIVE untuk unlock baucar & hadiah menarik!
Kali ni, 15 pencipta terkenal akan bersiaran langsung secara serentak!
Korang boleh join sesi live mereka dan unlock baucar diskaun tambahan dan hadiah yang lebih banyak dengan menyertai “misi” livestream bersama mereka.
Bukan itu sahaja, korang juga akan dapat peluang memenangi kereta, motosikal, telefon pintar, syiling emas, dan banyak Lagi melalui “mission unlock” ini! Game Mini dengan hadiah akan diaktifkan apabila setiap Misi Livestream dicapai.
Selain livestream dari @tiktokshop_my, 15 TikTok Shop Creators terkenal juga akan bersiaran langsung di akaun mereka masing-masing. Apabila kesemua 16 akaun ini mencapai misi yang ditetapkan, seperti jumlah tontonan dan pesanan livestream, lebih banyak baucar akan dikeluarkan dalam livestream, bersama dengan game mini yang menawarkan hadiah menarik!
Antara nama besar yang terlibat termasuklah:
- Khairulaming
- Neelofa
- Anas Zahrin
- Sallywhoo
- Dapur Mahir
- Tulip Petals
- Pinn Yang
- Dan ramai lagi!
Selain tu, ada juga persembahan artis untuk meriahkan lagi suasana live show ni. Memang bakal jadi pengalaman shopping yang luar biasa, so mark kalendar korang!
Promosi panas TikTok Shop 11.11 Mega Sales!
Untuk peminat diskaun dan penjimatan, jangan risau sebab TikTok Shop akan bagi banyak lagi tawaran menarik sepanjang kempen 11.11 ni seperti di bawah!
- Tawaran ‘Buy 1, Get 1 Free Gift’ (Beli 1 dan Dapatkan Hadiah Eksklusif Percuma) – Beli produk terpilih semasa 11.11 Grand Liveshow dalam jangka masa tertentu untuk mendapat hadiah percuma! Jenama yang terlibat termasuk Vivo, Goodnite, Laneige, Ogawa, Lancome dan banyak lagi!
- Voucher Penghantaran Percuma Tanpa Had yang boleh ditambah sehingga 3 voucher serentak dengan Platform Discount Voucher dan Seller Discount Voucher.
- Harga Hangat setiap hari dengan diskaun sehingga 80%.
*Tertakluk terma dan syarat
Selain itu, di TikTok Shop korang juga berpeluang untuk mendapatkan produk-produk di bawah ini dengan HARGA TERBAIK yang lebih murah daripada mana-mana platform lain:
- Sony WH-1000XM5 Wireless Headphones pada harga RM1101 (harga asal RM1159)
- Farm Fresh Grow Powder 1-3 Tahun 800g Bundle Pack X2 pada harga RM74 (harga asal RM77.38)
- Set Skincare Skintific 4Pcs pada harga RM79 (harga asal RM83)
- Kerusi Gaming TTRacing Duo V3 pada harga RM365 (harga asal RM384)
- Case Valker Beg Troli 3 dalam 1 pada harga RM199 (harga asal RM209)
- GBGOLD GOLD BAR ASSORTED dengan diskaun 10%
Yang lagi best, terdapat juga promosi menarik dari Maybank apabila korang buat pembayaran melalui Maybank2u Online Banking atau kad MAE di TikTok Shop serta rebat RM10 dengan perbelanjaan minimum RM30, dari 7 hingga 11 November. Siap berpeluang memenangi RM1,000,000 lagi!
#JOMLOKAL HOURS: Sokong produk tempatan!
Sebagai usaha untuk memperkenalkan jenama-jenama dan produk tempatan kepada rakyat Malaysia, TikTok Shop juga tampil dengan segmen #JOMLOKAL HOURS, di mana korang boleh support produk-produk tempatan yang mempunyai kisah inspirasi yang hebat dan produk yang tak kurang menariknya. Beberapa jenama tempatan hebat yang bakal dipromosikan termasuklah:
- Empat Beranak Home Perfume
- Shiffa Curry Powder: Penang Curry Masala
- Dapur Pak Amir
Kalau korang shopping masa 11.11 Mega LIVE Showdown nanti, korang boleh dapat diskaun tambahan dengan baucar eksklusif semasa live!
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk join TikTok Shop 11.11 Mega LIVE Showdown dan shopping sambil menang hadiah epik!
Set reminder korang sekarang, follow @tiktokshop_my di TikTok dan bersedia untuk malam paling gempak tahun ni!
Check out semua tawaran untuk Jualan Mega TikTok Shop 11.11 di sini