berita

Serum Hyaluron Dalam Produk Penjagaan Rambut Kini Jadi Trend Baru, Ini Kelebihannya!

May 19th, 2020 | by Asyraf Khalib
Kini Trending

Nak rambut cantik ni sebenarnya tak semudah yang disangka. Kalau korang tersalah pilih produk, boleh buat rambut rosak dan tak terurus. Sama seperti pemilihan skin care, korang kena ambil tahu juga senarai kandungan yang ada dalam produk penjagaan rambut tau.

Baru-baru ni ramai mula bercerita pasal produk penjagaan rambut terbaru yang tengah onz dekat Malaysia, katanya best giler sebab ada serum Hyaluron. Kalau korang nak tahu apa itu Hyaluron dan bagaimana ia bekerja menjaga rambut, baca perkongsian kami dekat bawah ni!

1. Best sangat ke Hyaluron ni?

Bagi pengguna produk skin care yang gemar dengan fungsi melembapkan, tentu nama Hyaluronic Acid wajib ada dalam ingredients list korang. Tapi kalau sebut pasal kandungannya dalam produk penjagaan rambut, rasanya korang tak pernah dengar lagi kan?

Hyaluronic Acid atau singkatannya HA sebenarnya memang semula jadi ada di hampir setiap sel dalam tubuh manusia. Tapi lama kelamaan, penghasilan HA makin berkurangan disebabkan pelbagai faktor, antaranya ialah pertambahan usia.

Sebab tu HA bukan saja bagus untuk kulit wajah, tapi bahagian tubuh yang lain pun perlukan HA dengan fungsi berbeza-beza. Misalnya HA membantu dalam penghasilan kolagen dan berupaya mengekalkan keanjalan pada bahagian sendi dan otot.

Kalau korang nak tahu, HA berupaya menampung kelembapan air 1000 kali ganda lebih dari beratnya iaitu 1 gram HA bersamaan 6 liter air tau. Maka tak pelik kalau semua orang pun berebut cari produk dengan kandungan HA ni sebab memang power beb!

2. Lebat dan bersinar, akar rambut kuat

Kalau HA bekerja dengan sangat baik pada kulit, dah tentu khasiatnya juga cukup sempurna untuk rambut dan kulit kepala kita. Kalau korang nak tahu, lemak dan protein di kulit dan rambut kita sebenarnya berkongsi persamaan yang hampir serupa tau. Menurut pakar dermatologi Dr. Paradi Mirmirani, beliau bersetuju bahawa HA boleh menyuburkan akar rambut.

Tambahnya lagi, banyak kajian yang membuktikan HA boleh memulih, meningkatkan pertumbuhan dan mengembalikan ketebalan rambut. Bila akar rambut dah sihat, maka pertumbuhan rambut akan semakin cepat dan rambut yang tumbuh pun menjadi lebih kuat, bewarna lebih gelap serta bersinar.

3. Tiada lagi masalah rambut kering

Selain menyuburkan akar rambut, HA juga terbukti mampu mengatasi masalah rambut yang terjadi akibat faktor penuaan. Sebagai contoh bila seseorang itu meningkat usia, rambutnya mula rontok, kering dan kusam. Malah, cuaca panas terik dan tak menentu kat Malaysia ni pun boleh jadi penyebab rambut mudah rosak tau.

Sinonim dengan fungsi melembapkan, HA dikatakan mampu membantu memerangkap kandungan air pada rambut itu sendiri bagi mengelakkan ia menjadi terlalu kering dan mudah rapuh. Lebih mengagumkan, HA juga dapat menutrisi dan mengekalkan kelembapan hingga hujung rambut sekaligus menyelesaikan masalah rambut bercabang.

4. Kulit kepala pun lebih sihat

Rambut yang cantik dan bersinar je tak cukup kalau kulit kepala korang kekal bermasalah. Sebab tu produk penjagaan rambut yang mengandungi Hyaluronic Acid sangat disarankan dan patut jadi rebutan sebab ia diyakini mampu memberi perlindungan menyeluruh untuk kedua-duanya sekali.

Pendek kata korang tak payah runsing nak cari produk berbeza untuk kulit kepala sebab HA sendiri boleh membersih, membekalkan nutrisi, memulih serta memelihara kelembapan kulit kepala secara semula jadi. Hasilnya, kulit kepala korang jadi lebih sihat, segar dan tiada lagi masalah kegatalan yang merimaskan.

Serum Hyaluron pertama!

Kalau dulu Hyaluronic Acid hanya tertumpu untuk skin care, tapi sekarang tak lagi. Kagum dengan manfaat HA pada kulit, Dove kini berjaya memperkenalkan kebaikan serum Hyaluron pertama dalam rangkaian produk penjagaan rambut mereka.

Dirumus khas dengan teknologi serum unik Hyaluron daripada Hyaluronic Acid, Syampu Dove Hyaluron Serum dan Perapi Dove Hyaluron Serum kini wajib menjadi pilihan sebagai produk paling ideal untuk memelihara kulit kepala dan juga rambut.

Ada dua variasi, lebih kebaikan

Lebih menarik lagi, rangkaian produk Dove Hyaluron Serum ini hadir dalam dua variasi iaitu Purifying dan Restoring. Kedua-dua pilihan variasi ini mempunyai kelebihan serta fungsi berbeza yang boleh disesuaikan mengikut jenis dan masalah rambut korang.

Bagi variasi Dove Hyaluron Serum Purifying, ia dirumus khas dengan kombinasi serum lutsinar Hyaluron + Hydro Complex yang berfungsi membersih secara lembut dan mendalam sambil meningkatkan serta mengunci kelembapan rambut. Ini membolehkan rambut korang terhidrat, sihat, lembut dan subur. Variasi ini sesuai untuk jenis rambut normal atau berminyak.

Variasi Dove Hyaluron Serum Restoring pula dilengkapi dengan serum Hyaluron + Ceramide Complex yang lebih sesuai untuk rambut kering dan rosak. Kombinasi serum unik ini berupaya memulihkan, mengunci kelembapan dan menyuburkan kembali rambut yang rosak jauh dari dalam.

Trend baru untuk rambut cantik & menawan

Haa.. kalau korang nak cari produk penjagaan rambut yang benar-benar memahami keperluan rambut dan dalam masa yang sama memelihara kesihatan kulit kepala. Kami sarankan korang dapatkan rangkaian produk Dove Hyaluron Serum ni je!

Tak perlu ragu-ragu lagi sebab manfaat Hyaluronic Acid ni dah bertahun lamanya jadi rebutan. Sebab tu bila kandungan HA dah ada dalam Dove Hyaluron Serum ni, satu Malaysia berebut nak beli.

Kalau korang nak dapatkan produk viral ni, beli je secara atas talian melalui laman sesawang Guardian sebab boleh nikmati 30% diskaun untuk rangkaian produk Dove Hyaluron Serum dan RM 10 baucar Touch ‘n Go e Wallet PERCUMA!

*Tertakluk pada Terma dan Syarat*