berita

Sesak Lepas Viral, ‘Spot’ Bergambar Dengan Kapal Terbang Ditutup

December 2nd, 2021 | by Hariz
Kini Trending

Selepas tular di media sosial ‘spot’ mengambil gambar berdekatan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), kawasan tersebut telah dibanjiri pengunjung yang tidak mahu melepaskan peluang bergambar dengan kapal terbang secara dekat.

Pengunjung tinggalkan sampah

https://www.facebook.com/100000990808501/videos/686711438937211/

Susulan jumlah pengunjung yang ramai datang ke tempat tumpuan itu, pihak Malaysia Airports dikatakan telah menutup sepenuhnya kawasan tersebut daripada dimasuki orang awam. Tindakan tersebut diambil atas dasar keselamatan dan faktor kebersihan.

Walaupun tindakan pihak berwajib itu menerima kecaman hebat daripada netizen, namun ada yang bersetuju sambil menyifatkan ianya satu langkah yang tepat bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.

Viewing deck masih dibuka

Dalam sebuah hantaran yang berbeza, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Are Peace memaklumkan bahawa hanya kawasan yang tular tersebut ditutup, walau bagaimanapun viewing deck masih dibuka dan mereka yang ingin melihat kapal terbang boleh ke sana kerana tempatnya yang lebih selamat.

https://www.facebook.com/satelite649/posts/4697067857002861

Sumber: Are Peace

SKIP THIS AD ×