berita

‘Sesak Nafas, Batuk & Tak Selera Makan’ – Doktor Kongsi Anda Mungkin Diserang Gastrik Kerana Terlalu Stress

April 3rd, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Tidak dinafikan, penularan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia mencetuskan kebimbangan orang ramai. Sehingga kini, lebih 1 juta kes jangkitan dilaporkan dan meragut lebih 50,000 orang. Keadaan ini menyebabkan orang ramai berasa panik sehingga jatuh sakit.

Seperti perkongsian doktor Nurasilah Razali, seorang pesakit mengadu sesak nafas, batuk dan hilang selera makan. Apabila disiasat dia bukanlah daripada golongan berisiko Covid-19, namun gara-gara terlalu takut dan bimbang gejala ini timbul.

Risau kena Covid-19

Sekadar gambar hiasan

MANFAAT ‘stay at home’ atau duduk di rumah

Suka untuk saya kongsikan satu kisah untuk di ambil pembelajaran atau pengajaran semasa bertugas di bahagian pesakit luar.

Doc: Assalamualaikum.. Kenapa datang ke klinik hari ni?

Pesakit : (Terus duduk bersandar keletihan di kerusi) Waalaikumussalam… Saya tak sihat doc, letih yang amat sangat, berat badan saya turun banyak, seluar yang saya pakai ni pon dah longgar, biasanya seluar ni tak boleh pakai langsung (Nampak air muka kerisauan dengan suara yang suram). Doc, saya risau lah.

Doc: (Nada yang tenang) Awak risau apa?

Pesakit: (Mata mula nak berkaca dengan air mata) Saya risau kena sakit covid 19 doc.

Doc : (Air muka doc agak terkejut sedikit, adakah staffnurse tak saring betul betul sebelum masuk ke dalam klinik sebab sekarang ni nak masuk ke klinik pon sangat ketat). Hhhmmm.. kenapa awak cakap macam tu? Awak ada dalam golongan berisiko ke??? Awak tahu kan golongan berisiko tu apa??

Sesak nafas, batuk

Sekadar gambar hiasan

Pesakit: Saya bukan dari golongan tu, tapi doc, saya rasa sesak nafas, batuk sikit sikit, nak makan tak lalu, tak de selera, pedih ulu hati kadang kadang. Doc nak tahu sudah 4 klinik swasta saya pergi dan 3 kali klinik kerajaan saya datang, tapi masalah saya ni tak settle. 2 hari lepas dah datang, doc yang tengok saya pada hari tu, dah bagi ubat cucuk, tahan lah sekejap, selepas itu sesak nafas, macam angin gitu datang balik. Berdebar pon ada jugak.

Doc: Ooo… Awak ni dah kena serangan sakit gastric.

Pesakit: Saya tak de gastrik doc, ubat gastric dah makan tapi tak hilang hilang jugak.

Doc: Ok macam ni lah, mari saya huraikan dekat awak kenapa awak boleh dapat gastric. Di musim covid-19 ni, awak kata awak risau, takut, bimbang, bila mana awak berfikiran begitu, body awak sedang menerima isyarat STRESS. Apabila stress, otak menerima isyarat, dan banyak hormon kortisol akan di rembes (dihasilkan dan dikeluarkan dari kelenjar tertentu) di dalam body. Hormon kortisol akan meransang sel-sel di perut untuk menghasilkan banyak gastric jus (yang bersifat acidic) . Tetapi masa body awak tengah stress awak kurang makan, perut kosong, asid tadi akan menyebabkan pedih dada dan lama kelamaan ia boleh menghakis dinding perut.. Pada masa yang sama banyak gas akan dihasilkan di dalam badan, gas sifat ia meruap..Ia boleh menyebabkan awak rasa kembung perut, tak puas nak bernafas, makan pun tak selesa, pedih tekak dan lama lama boleh menyebabkan jadi batuk pulak. Ini berlaku di dalam keadaan awak tak sedar kerana awak melayan perasaan takut, bimbang, dan sentiasa berfikiran negatif dan lama-lama awak akan fikir, eh aku ni nak mati ke??

Pesakit: Eh, betul la doc, saya rasa memang macam nak mati dah.

Doc: Semakin hari semakin tidak bagus kerana ia akan menyebabkan awak jadi emosional. Nak marah ahli keluarga, anak-anak akan jadi mangsa, apa yang isteri buat, semua tak kena.

Kena sentiasa ceria untuk sihat

Pesakit: (Airmata dah mula nak menitis disapu dengan jarinya) Betul doc, saya boleh dikatakan kerap marah anak-anak sekarang ni. Biasanya saya tak pernah marahkan anak pon. Anak saya cerdik doc mereka kecik kecik lagi. Isteri pon takut nak tegur saya sebab tengok keadaan saya macam ni. Betul doc, saya stress sebenarnya sebab sebelum PKP, saya jenis yang rajin bekerja, saya setiap hari keluar rumah pagi, hantar anak taska kemudian petang balik. Sekarang ni saya ‘jeng’ sebab tak tahu nak buat apa.

Doc: Masalah ni bukan awak seorang yang lalui, ramai, cuma awak kena faham, covid-19 ujian untuk kita semua. Mesti ada hikmah, cuba awak duduk muhasab diri. Ni lah masanya nak bersama dengan ahli keluarga, sebelum ni kan awak sibuk. Cuba tengok anak-anak awak, main dengan anak-anak, masa ni lah awak nak bercakap dengan isteri awak dengan penuh kasih sayang. Cuba kita ambik yang positif la. Bila awak ceria, happy, hormon endorphin akan di keluarkan dalam body awak. Hormon ni setiap hari kena tinggi dalam tubuh kita, kerana ia akan membantu kita secara tidak langsung untuk sentiasa sihat dan bertenaga. Awak faham ke apa yang saya huraikan?

Pesakit: Faham doc (wajahnya kembali ceria, posture badan tadi sudah di betulkan, duduk dengan tegak seolah-olah tenaga dia secara tidak sedar sudah baik)

Doc: Ok lah, awak boleh ambik ubat kat farmasi. Makan ubat bila perlu.

Pesakit : Terima kasih doc (wajah senyum). Baru saya faham.

Doc: Sama-sama

Saya berharap sahabat saya yang membaca kisah di atas dapat mengambil pengajaran.

Kepada yang sudah baca, boleh la kongsikan apa manfaat yang anda dapat sepanjang minggu PKP. Semoga perkongsian anda dapat memberi manfaat untuk orang lain juga

#stayathome
#frontlinerkkm
#bersyukur

Sumber : Nurasilah Razali Nar

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×