berita

Sesat Guna Waze, Dua Lelaki Demam Terakam ‘Wanita Misteri’ Termenung Dalam Kereta Tepi Jalan

July 27th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Tidak dinafikan, kewujudan aplikasi navigasi di telefon pintar seperti Waze sedikit sebanyak membantu memudahkan perjalanan ke destinasi yang dituju. Cuma perlu masukkan lokasi, Waze akan menunjukkan arah perjalanan.

Namun, dua orang rakan ini mungkin akan berfikir dua kali untuk menggunakan aplikasi tersebut selepas peristiwa seram yang berlaku terhadap mereka.

Nampak perempuan dalam kereta

Menerusi perkongsian video milik Hasifikri di laman Instagram, dia memberitahu rakannya menggunakan aplikasi navigasi tersebut untuk pergi ke destinasi yang dituju.

Namun sebaik tiba di sebatang jalan, sebuah kereta berwarna kuning dilihat sedang berhenti di bahu jalan seolah-olah berlaku kecemasan.

Mereka yang kebetulan merakam perjalanan tersebut panik apabila ternampak seseorang sedang duduk di bahagian penumpang kereta tersebut. Dalam ulang tayang yang diperlahankan, dapat dilihat penampakan seorang wanita dengan wajah serba putih.

Netizen kongsi pengalaman sama

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meremang melihat video berkenaan dan berkongsi pengalaman seram memandu menggunakan aplikasi navigasi.

Video

@hahasifikri

Aku dah kata jgn guna waze!!! Cerita dia time ni kita orang nak keluar lepak. Member aku ni drive ikut waze bawa jalan mana tah. Tiba-tiba nampak kereta kuning ni tepi jalan. Bila perasan benda tu dalam kereta terus jantung rasa nak gugur weh!

? Creepy, scary, horror, synth, tension – Sound Production Gin

Sumber: Instagram hasifikri

SKIP THIS AD ×