
Pelakon, Elfira Loy meluahkan rasa kecewa apabila sesetengah warganet mengecam rakannya, Amelia Henderson yang bertindak memberi ruang kepada tetamu podcastnya untuk menunaikan solat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Elfira Loy Diganggu Bunian Selepas Bergambar Dekat Pokok Buluh – ‘Mereka Mahu Jadikan Saya Puteri Mereka’
Artikel Berkaitan: Kereta Tersadai Tepi Jalan Raya, Adik Seloroh Elfira Loy Tak Reti Isi Minyak
Sedih…

Pemilik nama Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 31, berkata dia sedih apabila tidak semua boleh melihat sesuatu perkara dengan sisi yang baik.
Sedih juga baca komen.
Tidak semua dapat melihat perkara yang baik dalam sesuatu.
Rupa-rupanya, keupayaan untuk melihat dan bercakap tentang perkara-perkara yang baik adalah salah satu berkat terbesar daripada Allah.
Kata Elfira, tindakan Amelia sepatutnya dipuji kerana ia merupakan perbuatan yang baik.
Menceritakan tentang industri seni, Eflira berkata kebanyakan selebriti mudah tersentuh dengan perkara itu kerana tidak semua menyediakan tempat untuk menunaikan kewajipan tersebut.
Sesetengah orang tidak akan faham kenapa kami (industri seni) tersentuh bila ada yang menawarkan kami untuk solat dahulu.
Sebab dalam industri ini, tidak semua tempat menyediakan ruang atau memudahkan untuk kami solat.
Isyarat seperti ini sepatutnya disambut dengan baik bukan dengan perasaan yang tidak perlu.
Terdahulu, Amelia meraih pujian ramai apabila menunjukkan tahap ‘common sense‘ yang tinggi dengan memberi ruang kepada tetamunya untuk menunaikan kewajipan sebagai umat Islam terlebih dahulu.
Pada podcast Studio Sembang, pelakon, penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi bersama adiknya Hazwani Helmi meluahkan rasa teruja apabila Amelia menawarkan ruang untuk duo adik-beradik itu menunaikan solat Isyak.
Sumber: Instagram








