berita

‘Sesiapa Yang Viralkan Video Ini Tidak Bertanggungjawab’ – PA Siti Nurhaliza’

September 5th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

 

Baru-baru ini penyanyi No 1 negara Datuk Siti Nurhaliza telah menghadiri majlis perkahwinan staffnya. Video yang dikongsi oleh PA penyanyi itu jelas menunjukkan kerisauan muka pengantin itu. Namun lain pula jadinya apabila video itu disunting berserta kapsyen yang tidak bertanggungjawab.

Terbaru, PA Siti Nurhaliza meluahkan rasa kecewa dengan video yang disunting itu. Menurutnya, video itu telah menjatuhkan air muka pihak pengantin.

Dia tunjuk reaksi itu kerana tanggungjawab

Video ini dikatakan telah trending dan viral, diambil dari IG saya (walaupun tak dinyatakan kredit atau sumber video), saya yang upload. Dalam video tersebut saya ada cakap (walaupun tak berapa nak dengar) CF muka risau sebab biasa dia yang jaga boss. Sesiapa yang viralkan video ini anda tidak bertanggungjawab dalam beberapa perkara dan telah membuatkan netizen memberikan komen-komen negatif kepada pengantin khususnya. Ini bagi saya tidak adil kepada pengantin iaitu Siti Fairuz @cteafairuz yang kami panggil CF. Video ini trending di youtube dan dipanjang-panjangkan ke sosial media, dan hanya diambil sebahagian saja daripada video asal.

1. CF adalah colleague saya dan staff @ctdk. Dia lebih maklum hal mengenai @ctdk, dia menjaga @ctdk selama ini dan tidak timbul soal-mengapa ajak @ctdk? Pengantin tak jadi tumpuan, pengantin tak laku, pengantin cuak! Ada yang kata, lain kali jangan ajak @ctdk dan sebagainya. Anda harus tahu, @cteafairuz menunjukkan reaksi risau kerana walaupun dia pengantin, dia masih rasa tanggungjawab sebagai tuan rumah, sebagai staff kepada @ctdk dan tentunya dia mahu memastikan @ctdk dapat menjamu selera dengan selesa. Tidak timbul soal tak suka, tak senang dengan kehadiran @ctdk kerana anda tidak tahu, betapa besar harapan @cteafairuz untuk @ctdk hadir ke majlis beliau.

Kapsyen seolah-olah memainkan pengantin

2. Sebagai orang yang menularkan video ini, dengan caption seolah-olah mempermainkan pengantin, anda tidak menerangkan siapakah pengantin, apakah hubungan pengantin dengan @ctdk atau sekurang-kurangnya menyatakan sumber video agar orang yang menonton, dapat gambaran sebenar. Apa yang anda buat telah menyebabkan, macam-macam komen yang ‘memalukan’ serta menjatuhkan air muka pengantin.

3. Saya rasa bertanggungjawab menjelaskan ini kerana video tersebut saya yang upload dan saya sendiri berkata bahawa CF risau sebab selalunya dia yang menjaga boss atau @ctdk. 4. Satu hari yang menggembirakan pengantin menjadi satu momen yang memalukan dengan apa yang anda sudah lakukan. 5. Saya tujukan kepada semua admin youtube dan media sosial yang telah mengambil sebahagian video dari IG saya dan membiarkan netizen memberikan komen yang sangat negatif untuk dibaca.

Sumber : Ctdk

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×