Penyanyi terkenal, Shila Amzah meluahkan penghargaan dan rasa syukur atas kehadiran suami, Ubai dalam kehidupannya.

Artikel Berkaitan: Shila Amzah Muat Naik Foto Bersama Individu Dipercayai Bakal Bapa Tiri?

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Papa Nombor Satu’ – Shila Amzah Kongsi Keakraban Ubai MZ & Seth Uwais

‘Terima kasih jadi suami yang terbaik’

Menerusi nukilan yang dimuat naik di Instagram Story, Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah, 35, menyifatkan Ubai seorang suami yang penyayang dan bertanggungajawab dalam membimbing dirinya.

Thank you for being a great, Husband.

Thank you sebab selalu betulkan saya seandainya saya salah.

Terima kasih kerana tidak perlu takutkan saya kerana kita saling hormat menghormati.

Terima kasih kerana selalu memanusiakan insan lain.

Dalam pada itu, pelantun lagu Patah Seribu ini turut memuji keperibadian Ubai yang penyayang dan prihatin dalam melayani anaknya, Seth, dengan ikhlas seperti darah dagingnya sendiri.

Terima kasih sebab layan seth seperti anak awak sendiri tanpa perlu kejam kepada anak tiri.

Sesungguhnya bukan semua yang bernama tiri itu jahat

Yang baik itu ramai, yang kejam itu terlalu kejam.

Pada Ahad, Shila mengesahkan individu yang didakwa menyerangnya ketika sesi latihan Konsert Ulang Tahun ke-20 MR D.I.Y di Stadium Merdeka, pada Khamis.

Susulan itu, Shila membuat laporan polis dan hasil siasatan mendapati rasa tidak puas hati kerana mencampuri masalah keluarga dipercayai menjadi punca Shila diserang penyanyi legenda lelaki tersebut. 

Sumber: Instagram Shila Amzah