Hantaran terbaharu penyanyi, Shila Amzah bersama ibunya di media sosial mengundang perhatian ramai.

Artikel Berkaitan: Shila Amzah Dakwa Diserang? – ‘Seorang Yang Berpengalaman Bertindak Tidak Profesional’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shila Amzah Ditawar RM10 Juta, Tolak ‘Offer’ Tanpa Fikir Panjang – ‘Mereka Nak Saya Buka Tudung’

Luangkan masa bersama

Menerusi muat naik di Instagram (IG), pemilik nama Nurshahila Amir Amzah berkongsi gambar bersama ibu dan anak-anaknya serta individu yang dipercayai bakal bapa tirinya.

Bagaimanapun, Shila memilih untuk tidak memaparkan wajah lelaki itu sebaliknya hanya menutupi bahagian wajahnya beserta kapsyen ‘Family Day’.

Sebelum ini, ibu kepada Shila iaitu Fauziah mengesahkan dirinya bakal berkahwin dengan lelaki berstatus duda pada tahun ini.

Memetik laporan Harian Metro, Fauziah memaklumkan bahawa jejaka tersebut berjaya membuka hatinya untuk kembali mendirikan rumah tangga sekali lagi selepas hampir dua tahun bergelar ibu tunggal

Shila yang hanya mahukan yang terbaik buat Fauziah hanya mendoakan agar ibunya itu memperoleh kebahagiaan dan kegembiraan dalam hidup.

Sumber: Instagram