Foto: Daily Mail
Misteri kehilangan model Rusia sejak setahun lalu akhirnya terungkai selepas mayatnya ditemui dalam keadaan yang sangat tragis di mana mayatnya telah disembunyikan di dalam sebuah beg pakaian.
Sorok mayat dalam beg pakaian
Foto: Daily Mail
Memetik laporan Metro UK, model cantik yang dikenali dengan nama Gretta Vedler dilaporkan hilang sebulan selepas dia memuat naik satu status di media sosial dengan menggelarkan Vladimir Putih (Presiden Rusia) sebagai ‘psikopat’. Walau bagaimanapun, sumber melaporkan bahawa hantaran Gretta mengenai Putin pada Januari 2021 tidak mempunyai kaitan dengan kematiannya.
Hal ini kerana, bekas teman lelaki mangsa iaitu Dmitry Korovin membuat pengakuan telah mencekik model berusia 23 tahun itu hingga mati pada Februari tahun lalu.
Bercerita dengan lebih lanjut, suspek mengaku telah menghabiskan tiga malam di dalam bilik hotel bersama mayat Gretta. Dia kemudian memasukkan mayat tersebut ke dalam beg pakaian dan memandu sejauh 300 batu ke wilayah Lipetsk sebelum meninggalkan beg tersebut di dalam but sebuah kereta.
Berlakon konon mangsa masih hidup
Tidak terhenti di situ, bagi menyembunyikan ‘kehilangan’ model Rusia itu, suspek mengaku telah mengakses akaun media sosial mangsa dan memuat naik foto dan sebagainya agar rakan serta pengikut percaya model itu masih hidup.
Meskipun begitu, salah seorang rakan mangsa iaitu Evgeniy Foster merasa curiga dan ianya secara tidak langsung membuatkan individu ini nekad mendapatkan bantuan seorang rakan di Moscow untuk memfailkan laporan orang hilang. Hasil daripada laporan tersebut, mayat Gretta akhirnya ditemui di dalam beg pakaian selepas setahun menghilang.
Video lakonan semula
Sumber: Metro UK, Daily Mail