berita

Setahun Jadi Guru Tuisyen Anak, Ayah Menangis Anak Hanya Skor 6/100 Ujian Matematik- ‘Usaha Sia-Sia’

June 29th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini viral satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki menangis dipercayai disebabkan terlalu kecewa selepas melihat kad laporan keputusan peperiksaan akhir tahun anak lelakinya.

Kecewa tengok markah peperiksaan anak

Memetik laporan daripada Mothership, kejadian tersebut dipercayai berlaku di China. Lelaki yang bergelar bapa itu mengesat air mata kerana terlalu kecewa selepas anak lelakinya hanya meraih skor 6/100 dalam mata pelajaran Matematik sedangkan anaknya itu telah menghadiri tuisyen kendiri selama setahun. Difahamkan, si bapa telah berjaga setiap malam hanya untuk memberikan tuisyen kepada anak lelakinya itu.

Saya sudah tidak kisah lagi, usaha saya hanya sia-sia, biar dia rasa sendiri susah payah.

Difahamkan, kekecewaan si bapa berpunca daripada keputusan subjek Matematik anaknya yang sebelum ini dikatakan konsisten dengan meraih 40 hingga 50 markah dan sesekali pernah juga mendapat 80 hingga 90 markah. Namun apa yang peliknya, prestasi pelajaran anaknya dikatakan semakin merosot selepas dia memberikan tuisyen kepada anaknya selama setahun.

Susulan daripada itu, pelbagai komen yang diterima daripada netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib lelaki tersebut. Mereka berpendapat mendidik generasi zaman sekarang memang agak mencabar. Namun tidak kurang juga ada segelintir netizen mengatakan markah yang diperolehi itu sangat sedikit ibarat meninggalkan kertas peperiksaan tanpa sebarang jawapan.

Sumber: Mothership

SKIP THIS AD ×