berita

Setahun Kerja Dah Nak Pakai Kereta Import – 9 Tahun Wanita Ini Hadapi Pelbagai ‘Masalah’ Sehinggalah…

June 3rd, 2016 | by Arini Saleh
Kini Trending

hutang kereta header

Bila dah bekerja dan ada duit sendiri keinginan tu mestilah lagi tinggi dan menggunung. Ada yang bercita-cita nak memiliki kereta mewah, rumah besar, melancong ke seluruh dunia dan sebagainya. Namun, kenyataan itu tidaklah semudah yang disangka.

Seperti yang dialami wanita ini, beliau mengambil keputusan membeli kereta import selepas hampir setahun bekerja sebagai Engineer. Beliau hampir putus asa dan menangis setiap malam apabila menatap wajah anak-anak. Walaupun batin meronta mahu berhenti kerja, namun terpaksa teruskan kerana komitmen terhadap kereta selama 9 tahun.

Bila dah berjaya beli import, rasa macam hebat sangat (fuh, mentaliti waktu tu)

Hari ini, 1 Jun 2016, genap 9 tahun saya memiliki kereta PERTAMA saya. Kereta Import.

Dan hari ini juga, kereta ini telah selesai hutang nya di bank. Fuh 9 tahun loan..

Sebenarnya, bukan nak cerita ttg kereta ini. Tetapi cerita di sebalik memiliki kereta ini.

Sepatutnya, tarikh hari ini, adalah tarikh saya merancang utk berhenti kerja. Saya tekad utk resign bila saya sudah habis langsaikan hutang kereta ini.

Waktu tu, bayaran bulanan sebanyak RM840 adalah sgt besar utk saya. Amount tu, saya rasa terlalu besar utk saya ambil keputusan berhenti kerja serta merta walaupun batin saya meronta utk resign.

Disebabkan adanya kereta ini, saya jadi sgt takut utk resign…

“Nanti dh resign, kat mana aku nak cari sumber utk bayar kereta aku??”

“Tak kan nak harap suami yg gajinya pun baru berapa??”

“Ini lah satu2nya kereta yg agak selesa yg kami ada, kalau xmampu bayar.. kami nak pakai apa??”

“Nak jual?? Rugi,, downpayment RM10K dh bayar, kalau jual.. habis down payment kami. Harga kereta makin jatuh..”

Satu persatu persoalan bermain di fikiran.

Saya anak org susah.. Tapi impian sentiasa besar. Selalu dok berangan nak ada kereta mewah, kereta besar, sbb kami sekeluarga naik van masatu.

Bila dh berjaya beli import, rasa mcm hebat sgt (fuh, mentaliti waktu tu). Saya beli kereta ni selepas hampir setahun saya bekerja as Engineer. Sebelum tu, pi kerja naik teksi/ tumpang motor kawan, jalan kaki etc. kikiki…

Mula hilang passion terhadap kerja tapi kerana komitmen terhadap kereta terpaksa teruskan juga

Bila saya mengandung, saya jadi hilang passion terhadap kerjaya saya. Kerja yg dulu saya rasa seronok, bertukar menjadi satu kebencian.

Minat saya pada bidang engineering hilang! Dahulu, memegang title as Engineer menjadi satu kebanggaan, apatah lagi saya mmg org susah. Konon2 dh hebat sgt bila jadi Engineer.

Rupa nya… saya adalah ordinary woman. Fitrah saya adalah kepada anak2 comel saya.

Saya pernah menangis hampir setiap mlm bila memandang wajah anak2…

Bila anak2 makin besar, mereka juga sudah pandai menunjukkan perasaan mereka..

“Ummi, jgnlah pergi work…”

“Ummi, ammar demam.. ”

“Tak bestnyer ummi tak ada..”

Walau hati meronta utk resign.. tetapi kerana komitmen kpd kereta ini, saya teruskan juga.

Saya pernah hidup susah, dan saya tidak sanggup anak2 juga merasa susah seperti saya..

Kesusahan keluarga menjadikan saya takut/ trauma pada sebuah KESUSAHAN.

Anak-anak faktor terbesar untuk saya berubah menceburi bidang bisnes online

Bila lahirnya anak ketiga, keadaan semakin tertekan. Saya semakin banyak menangis, menguruskan rumahtangga seorang diri di kala suami berada jauh di Amsterdam.

Sungguh! Anak2 adalah push factor TERBESAR saya utk BERUBAH!

… Alhamdulillah, saya dapat “percepatkan tarikh” pemberhentian saya. Dari 1 Jun 2016, bertukar menjadi 1 March 2013. hihhhihihihih…

Dah 3 tahun rupanya saya berhenti. Dah sejauh ini rupanya saya melangkah..

Hampir 4 tahun saya involve dlm dunia bisness online.. banyak pengajaran yg saya dapat. Bila saya kenang semula kesusahan saya, pasti air mata akan mengalir…

Bila hidup saya di”tekan”, saya mula belajar solat tahajjud

Sahabat…

Bila Allah uji kita dgn suatu ujian yg sgt berat kita rasakan.. percayalah. Dia sedang menyalurkan kasih syg Nya terhadap kita..

Walau kita rasa dunia seperti nak kiamat, walau kita rasa nak terduduk, nak mati, nak lari dr semua orang.. tetapi sebenarnya itu lah saat Allah nak kita dekat kpd Nya..

Bila hidup saya di”tekan”, saya mula belajar solat tahajjud… Bila saya rasakan ujian yg dtg terlalu berat, saya mula merasai kemanisan berdoa sambil menangis…

Ingatlah…

Tidak Allah uji seorang hamba di luar kemampuanya. Bila Dia datangkan kesusahan, pasti Dia akan iringi dengan kesenangan…

Fa’ inna Ma’al ‘Usri Yusra. “Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (QS. Alam Nasyroh: 5).

sumber: Ainul Shahrazad

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×