berita

‘Setahun Lebih Disihir Manusia Khianat Berhajat Aku Tak Jadi Kahwin, Nak Aku Gila’

August 20th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

‘Rambut sama hitam, hati lain-lain’, itu lah perumpamaan paling sesuai menggambarkan detik hitam yang dilalui seorang wanita, iaitu Sya Aisyahra apabila dia dipercayai telah disihir oleh seorang insan ‘berhati busuk’.

Lebih meruntun hati apabila wanita ini seolah-olah menjadi ‘orang lain’ dan bukan dirinya selepas mengikat tali pertunangan pada Jun 2019 lalu.

‘Setiap hari menangis dah sedih’

Permulaan sakit. Beberapa kali dimasukkan ke hospital. Mula rasa penat nak hidup, tertekan.

Dugaan bertunang itu benar, dugaan depression itu benar, aku cuba bangun dan kuat balik, setahun disihir tanpa sedar. Bismillah. Sebenarnya dah lama simpan rasa untuk share, tapi masih rasa tkut. Harini kuatkan semangat untuk menulis. Ada kebaikan boleh ambik iktibar bersama, jika khilaf dan salah itu kekurangan saya. Wallahualam (posting ini panjang, saya halalkan share jika untuk kebaikan).

Jun 2019. Aku bermula jadi tunangan orang. Segalanya nampak smooth walaupun sebulan sebelum (ramadhan) aku rasa macam salah buat keputusan. Boleh dikatakan setiap hari menangis dan sedih. (Perasaan mula berkecamuk). Atas pujukan keluarga dan layanan baik si dia, kami bertunang. Tarikh sepatutnya aku nikah pada Oktober 2019 (bulan 10 selepas tunang 3 bulan sperti dirancang)

Tak sampai seminggu bertunang, aku makin rasa menyesal bertunang, rasa memberontak dan perlahan-lahan agresif. Berkali-kali aku mengamuk nak terjun dari kereta, bergaduh dengan family, cederakan diri sendiri dan 2 kali dibisik syaitan untuk bunuh diri. Allahu. Dalam tempoh tu, macam-macam lagi dugaan lalui, aku tergilakan orang lain, aku banyak buat perangai teruk-teruk supaya tunang aku tak tahan, dengan family pun rasa porak peranda bergaduh adik beradik. Aku mula suka menyendiri, layan perasaan dan murung.

‘Siksa Allah sahaja tahu’

Bukan aku yang selalu bila keadaan lesu macam ni. Rasa macam taknak hidup selalu fikir benda tak elok. Ada masa happy macam biasa, ada masa jadi murung sampai aku sendiri tak kenal diri.

2 kali percubaan untuk ikhtiar cara kampung, tapi tak jalan (Allah belum izin). Aku makin agresif dan murung sampai tak makan. 2 kali aku pengsan tiba-tiba sebab sakit kepala melampau. Masa kena warded, jantung otak semua doktor  check, Alhamdulillah tak ada penyakit cumanya aku diberikan surat panic attack dan next checkup untuk anxiety disorder dan sesi kaunseling.

Aku degil sangat kalau keluarga nak bawak jumpa ustaz. Aku yakin yang aku sihat (kononnya). Pendekkan cerita, macam-macam sakit yang aku lalui dan buatkan orang sekeliling aku sakit sekali dengan perangai aku, (Ayah, kalaulah ayah ada, mesti mak tak sorang-sorang fikirkan cik nangis risaukan cik). Puas berjuang, 2 kali putus tunang. Wallahualam masih ada harapan dibaiki atau tidak itu rencana Allah aku serahkan, sebab kita sudah usaha.

Sampaikan awal Ogos baru ni, ada hamba Allah datang nasihat aku suruh berubat. Sebab dia tegur aku terlalu ‘lain’. Dalam tempoh aku berperang nak ‘berubat’, tubuh aku seolah interaksi dan berperang. Badan rasa berat, sakit-sakit sendi, hilang semangat, rasa putus asa untuk hidup, sakit kepala yang berterusan, panas kaki seperti terkena air rebusan cili. Dan sakit luar dari kebiasaan. Siksa Allah sahaja tahu.

Setahun lebih ‘benda’ tumpang

Banyak kali percubaan dan tindakan bodoh menyakitkan diri sendri dalam separa sedar. Ada lukakan tangan dan anggota lain juga. Tapi ni cuma gambaran sikit aku mengamuk kena benda tajam/keras tak berapa ingat. Muka pucat lesi tu takyah cakap memang macam orang sakit. Aisyah2..

Sampailah satu hari Allah bukakan jalan aku berjumpa Ustaz di Darussyifa Kedah. (Perubatan Islam 100% dengan rukhyah dan bacaan Al quran sahaja). Allahu, di sinilah terungkai satu dugaan terhebat selama 25 tahun aku di atas bumi Allah Setahun lebih benda asing menumpang dan kawal untuk aku jadi bukan diri aku.

Hanya Allah yang tahu peritnya dugaan selama setahun lebih disihir oleh manusia kianat yang berhajat nak aku tak jadi kahwin dan seterusnya nak jadikan aku gila. *Difahamkan ketika saya tak sedar, ‘ia’ mengaku dihantar oleh seorang perempuan, yang niatnya cuma nak hidup saya porak peranda dan hancur.

Pesan saya, jangan sesekali rasa takut untuk ikhtiar berubat, kita ada Allah yang satu. Allah izin kesembuhan buat Kita InshaAllah, sesiapapun tidak punya kuasa selainNya. Alhamdulillah sekarang aku dalam tempoh rawatan susulan dan InshaAllah doakan aku sihat dan sembuh balik dari segala yang tak baik. Aku dah redha dengan segalanya sebab aku yakin pasti ada hikmah dan bahagia yang Allah dan siap untuk mereka yang diuji hebat.

Iktibar untuk semua

Apa yang dapat dikongsikan moga menjadi pedoman buat semua. Iktibar untuk:

1) Rahsiakan pertunangan, hebahkan pernikahan (sebab selain syaitan, mungkin ada manusia yang akan khianat dan dengki dengan kita dalam kita sedar mahupun tidak).

2) Dugaan bertunang itu sememangnya berat. Untuk adik-adik kat luar sana yang berhajat nak tunang lama 2 3 tahun baru kahwin, fikirlah berkali-kali sebab msa tunang ni bukan sahaja kau diuji dengan perasaan, duit, keluarga malah diuji dengan rasa penyesalan, nak orang lain, teringat kekasih lama, rasa tak layak, nak putus, takmau kahwin, benci dan sebagainya.

3) Jangan selalu overthinking. Jangan paksa diri kau fikir terlalu jauh. Takut nanti kahwin hidup susah, kahwin lambat dapat anak, kahwin tak bahagia, selalu gaduh, bercerai berai. Jangan fikirkan mcm tu. Jangan! Semua tu bisikan syaitan supaya kau lalai, tak nikah dan terus dalam maksiat. Setankan suka orang couple ja kahwin takleh lah pahala dia tak suka.

4) Selalu komunikasi dengan pasangan. Jangan selalu gaduh sampai tak cuba cari kata putus. Ada hal boleh minta pendapat keluarga dan ada jugak hal yang jangan dulu libatkn orang tua sebab takut makin memburuk. Tenang dan cuba banyakkan diri bercerita, fahamkan pasangan dan orang sekeliling.

5) Selalu jaga tiang kita, Solat Quran dan Doa. Senjata tu. Kadang kita lepas kat sini kita makin lost  (Tera solat pun kena sihir nauzubillah, tapi sekurangnya aku bertahan untuk terus hidup sebab pegangan tu Allah masih jaga, Alhamdulillah).

Sambungan

6) Jangan takut untuk dapatkan rawatan. Kaunseling keluarga, ustaz dan rawatan Islam (rukyah dgn bacaan ayat Al quran).
Kadang kita sendiri mmg taktau yang kita ‘sakit’ sampaikan mudarat baru kita jumpa jalan. Jangan menyerah untuk ikhtiar selagi ada cara, InshaAllah Allah izin.

7) Penambahan: Berjaga-jaga dalam berkawan. Jangan mudah percaya sebab manusia dan penyakit hati dengki amat sukar dinilai walaupn ramai. Jangan biar diri dalam circle negatif. Remove/ block mereka yang selalu bercakap buruk, suka nilai, bukak aib dan malukan awak. Mereka yang selalu torture kita secara psiko menjadi penyumbang terbesar sakit kemurungan hingga under control.

Dunia makin hampir dengan khiamat. Dimana manusia melakukan syirik kepada Tuhan dan berbangga-bangga denganNya. Untuk sesiapa yang alami nasib sepertiku, saya doakan Allah permudahkn jalan kalian sembuh kembali.
Untuk sesiapa yang sanggup sihir orang ni, yakinlah semua ditangan dia. Takut nanti azab dekatt sana tak tertanggung buat orang macam tu. Baliklah ke pangkal jalan, kita semua milik dia.

** Maaf posting yang panjang. Harap dapat jadi ikhtibar dan sekaligus nak bersihkan jika ada salah faham dan fitnah dari orang luar. Saya dah penat sangat nak hadap macam-macam, doakan semuanya baik-baik. Untuk yang selalu kata dan cakap macam-macam  sebelum ni tak apa sya maafkan dah. Doakan sya terus kuat smgat, sihat dan bahagia.

Sumber: Sya Aisyahra

SKIP THIS AD ×