Selepas setahun menetap di Canberra, Australia bersama suami, Kapten Muhammad Hanif dan anak lelaki, Achbar Muhammad Fahri, bekas pengacara program bual bicara Borak Kopitiam, Dayah Bakar kembali ke tanah air.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Journey To Baba…’ – ‘Terbang’ Ke Australia, Dayah Bakar Bakal Disatukan Dengan Suami
Artikel Berkaitan: Sering Diaju Soalan Kenapa Bebas Berjalan Tanpa ‘Mask’ Di Australia, Ini Jawapan Dayah Bakar
Kembali ke Malaysia
View this post on Instagram
Muat naik sebuah rakaman video di Instagram (IG), Dayah akui berasa sedih untuk meninggalkan bumi Canberra yang menjadi saksi pertemuannya dengan suami selepas berpisah disebabkan tuntutan kerja.
Bagaimanapun, kata Dayah atau nama sebenarnya Nur Hidayah Abu Bakar, sudah tiba masanya dia aktif mengacara semula.
Pertemuan dan perpisahan bukanlah sesuatu yang mudah . Lagi-lagi, bila semakin rapat dan menjadi seperti keluarga. Banyak waktu yang diluangkan bersama, banyak memori juga yang tercipta di bumi kangaroo.
Sejujurnya, saya sedih untuk pergi, tetapi pada masa yang sama, saya tidak sabar untuk bertemu keluarga saya di rumah. Saya juga tahu sudah tiba masanya untuk kembali aktif menjadi hos.
Saya berdoa agar kita semua akan bertemu semula suatu hari nanti, saya percaya kita akan. Alhamdulillah, selamat sampai semuanya. Kembali ke tanah tumpahnya darahku, Malaysia.
Tak sabar nak tengok kat tv
Di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat teruja dengan kepulangan Dayah bersama keluarga kecilnya. Namun, tidak dapat dipastikan berapa lama Kapten Hanif akan berada di Malaysia.
@achikyusz: Yeay alhamdulillah. Dayah dah balik Malaysia. Rindu nak tengok Dayah dekat televisyen.
@tashamanshahar: Selamat pulang Dayah!
@fazeyla_rosli: Selamat pulang Dayah! Cepat keluar televisyen balik. Rindu nak tengok Dayah dekat televisyen.
Terdahulu, Dayah mengikut suami berpindah ke Australia pada Januari lalu. Dayah dan Kapten Hanif mendirikan rumah tangga pada 2018 dikurniakan cahaya mata, Achbar Muhammad Fahri berusia setahun.
Sumber: Instagram @dayahbakar