berita

Setahun Tak Dapat Gaji & Kerap Dipukul, Pembantu Rumah Dipaksa Makan Najis Kucing!

May 11th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Gara-gara mempunyai masalah keluarga, seorang majikan tergamak menjadikan pembantu rumah sebagai tempat dia ‘melepaskan’ kemarahannya.

Dera pembantu rumah, tak bagi gaji

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan daripada Tribunnews, mangsa yang berusia 45 tahun itu memaklumkan dia mula bekerja bersama majikannya selepas diperkenalkan melalui orang perantara. Difahamkan wanita ini kemudian bersetuju untuk berkhidmat dengan majikannya dan pada 13 bulan lalu dia sudah mula bekerja di rumah tersebut di Indonesia. Tetapi siapa sangka, sepanjang 13 bulan bekerja, wanita ini baru menerima gaji sekali sahaja.

Dah lah gaji tak bagi, wanita ini dipercayai didera oleh si majikan. Bercerita dengan lebih lanjut, wanita ini mendakwa sering dikasari dan dipukul oleh majikannya hanya kerana majikannya itu mempunyai masalah keluarga. Segala kemarahannya dilepaskan kepada wanita yang tidak bersalah ini.

Ini belakang badan saya juga sudah dirawat. Katanya tulang sebelah kanan masih boleh dirawat. Ini kesan dipukul 3 atau 4 bulan yang lalu.

Suruh makan najis kucing

Sekadar gambar hiasan

Tidak terhenti di situ, majikan terbabit tergamak menyuruh mangsa memakan najis kucing. Menurut mangsa, pada awalnya dia menyangka majikannya itu hanya bergurau ternyata individu itu benar-benar serius menyuruhnya makan kotoran tersebut.

Majikan saya tanya, itu ada najis kucing kenapa tak dibuang. Terus saya jawab, ya nanti saya buang. Kemudian dia cakap lagi, tak perlu buang, nanti kamu makan. Saya ingat dia bergurau, ternyata saya diberi makan najis kucing.

Berikutan daripada penganiayaan tersebut, mangsa telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Sementara itu, siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan.

Sumber: Tribunnews, Regional Kompas

SKIP THIS AD ×