berita

Setahun Terkandas Di Singapura, McD Akhirnya Temukan Lelaki Ini Dengan Keluarga Di ‘Satu’ Meja Makan

April 19th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Tahun ini merupakan tahun kedua buat umat Islam menjalani ibadah puasa dalam suasana pandemik. Lebih menyedihkan, ramai yang tidak berpeluang menyambut bulan yang mulia ini bersama keluarga tercinta. Ini kerana, aktiviti merentas negeri dan juga sempadan negara masih belum dibuka.

Berikutan daripada itu, McDonald’s Singapura telah menerbitkan sebuah video pendek mengenai kisah pekerja Malaysia yang terpaksa menjalani ibadah puasa di Singapura tanpa kehadiran keluarga. Sedihnya!

Cari rezeki di perantauan

Ramai rakan Muslim di luar sana yang tidak dapat menyambut bulan Ramadan dengan keluarga tercinta yang berada di Malaysia. Ikuti kisah mengenai ‘ketabahan’ Samsuri dan rakan-rakan yang terpaksa berjauhan daripada keluarga ketika bulan puasa tahun ini.

Menerusi video yang dikongsikan oleh restoran makanan segera tersebut, pihak mereka telah berkongsi kisah mengenai seorang pekerja yang mahu dikenali sebagai Samsuri. Menurut Samsuri, demi mencari rezeki buat keluarga di Malaysia, dia terpaksa kuat dan tabah meskipun tidak berpeluang menemui isteri, anak dan keluarga yang berada di Malaysia.

Tambahnya, dia bersyukur kerana mempunyai beberapa orang rakan yang sentiasa memberi semangat meskipun mereka berdepan nasib yang sama. Ujar Samsuri, kesemua mereka menjalani ibadah puasa seperti biasa walaupun tanpa kehadiran keluarga di hadapan mata.

Setahun tak jumpa ayah mereka

 

View this post on Instagram

 

A post shared by McDonald’s Singapore (@mcdsg)

Dah setahun anak-anak tak jumpa ayah mereka.

Saya menangis tengok video ni. Apapun korang kena kuat demi keluarga yang berada di sini.

Iklan yang terbaik sempena bulan Ramadan tahun ini. Semoga wabak Covid-19 ini segera berkahir dan semua yang terkandas dapat pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.

Video berdurasi dua minit lebih itu ternyata mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen. Segelintir netizen turut memberitahu bahawa mereka juga mengalami nasib yang sama dan berharap pandemik yang sedang melanda negara ini bakal berakhir tidak lama lagi.

Sumber: McDonald’s Singapore

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×