Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad memberitahu sehingga kini dia tidak menerima sebarang surat tuntutan (LOD) daripada pihak peguam yang mewakili ‘Abang Bas’.
Artikel Berkaitan: Uyaina Arshad ‘Sekolahkan’ Netizen Dengan Kongsi Ilmu Baru, Gara-Gara Komen ‘Esok Kat Dalam Makan Ikan Kering’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Uyaina Arshad Ulas Isu Abang Bas Guna Fakta – ‘Saya Sebarkan Kesedaran, Tak Perlu Jadi Peguam Untuk Suarakan’
‘Notis tuntutan mahkamah’
Tiada sebab untuk berasa takut, Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, berkata, bukan hanya dia yang bersuara, namun ramai pihak yang turut mengulas mengenai isu gangguan seksual dalam kalangan kanak-kanak.
Setakat ini saya tak terima apa-apa notis tuntutan mahkamah dan saya pun tak ada provok sebab saya yakin dan percaya semua orang yang mengulas serta bersuara tentang perkara ini (isu Abang Bas), bermakna perkara ini sangat berat.
Masyarakat kita secara umumnya sudah cakna dan mula faham tentang isu ini apabila ramai yang sudah bersuara. Bukan hanya selebriti, malah peguam, doktor dan masyarakat yang lain turut bersuara.
Segala ugutan, gertakan diberi saya rasa okay sahaja. Saya lihat itu sebagai amaran dan gertakan juga. Mungkin ada segelintir masyarakat yang terus menjatuhkan hukuman kepada seseorang. Saya pernah bercakap sebelum ini seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah.
Uyaina berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran program Tifa IS3 yang berlangsung di restoran The Majapahit, Mont Kiara, Kuala Lumpur, pada Jumaat.
‘Tidak akan minta maaf’
Tambah isteri kepada penyanyi Raja Syahiran ini, dia juga tidak akan membuat permohonan maaf kepada pihak ‘Abang Bas’ dan bersedia berdepan dengan tindakan undang-undang.
Malah, Uyaina memberitahu, dia menerima beberapa mesej dan panggilan telefon yang mahu memberikan khidmat guaman kepadanya.
Saya tidak akan minta maaf dan sedia berdepan untuk menegakkan kebenaran kerana apa yang saya suarakan berdasarkan fakta.
Sebenarnya ramai peguam yang menghubungi saya untuk menawarkan perkhidmatan guaman sekiranya saya menerima apa-apa surat dari mahkamah.
Mereka mahu membela saya tetapi saya tidak melihat itu sebagai matlamat utama. Kalau saya terima apa-apa surat daripada sesiapa pun, saya harap akan matang dan dapat fikirkan yang terbaik untuk membuat keputusan dengan nasihat peguam.
Sebelum ini, Uyaina meluahkan rasa kecewa dengan tindakan seorang pemandu bas yang digelar ‘Abang Bas’ merakam video pelajar sekolah di mana perbuatannya dianggap tidak sepatutnya.
Rentetan itu, keluarga pelaku berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap individu dan selebriti yang mengecam pemuda berkenaan.
Terdahulu, Uyaina dan Diana Danielle, antara nama yang disebut kerana lantang bersuara mengenai isu berkaitan ‘Abang Bas’ dalam media sosial.