berita

‘Setandan Pisang Tak Semuanya Busuk’ – Samakan PU Riz Dengan PU ‘Curang’, Ini Nasihat PU Rahmat

November 3rd, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Baru-baru ini perkongsian ibu kepada selebriti dan usahawan terkenal, Datin Kartini mengejutkan orang ramai apabila Noor Neelofa dikatakan sudah mengikat tali pertunangan bersama pendakwah terkenal, Haris Ismail atau lebih dikenali dengan nama PU Riz. Rata-rata tumpang gembira dengan berita itu dimana masing-masing tak sabar melihat pasangan ini disatukan.

Artikel Berkaitan : ‘Kau Hadirkan Insan Istimewa’ – Noor Kartini Dedah Neelofa & PU Riz Sudah Bertunang

Namun, tak kurang juga yang ‘memerli’ seolah-olah bimbang nasib Neelofa sama seperti nasib isteri kepada ustaz-ustaz lain yang curang sebelum ini. Perkara ini mendapat perhatian rakan seangkatan PU Riz iaitu PU Rahmat Ikhsan yang terkilan dengan kritikan netizen mengenai PU Riz.

Jangan pukul rata dosa orang

Kasihan sungguh PU Riz kerana ada yang berkata buruk bahawa nasib Neelofa akan diceraikan seperti mana ada kes PU sebelum ini. Pertama kita kena sedar satu hal yang komen hodoh hasil daripada hati dan mulut yang buruk. Kedua, Kita kena belajar membezakan masalah individu. Jika ada pelajar sebuah sekolah buat masalah bukan bererti satu sekolah pelajar samseng. Jika ada rakyat Malaysia buat salah di negara orang bukan bererti seluruh rakyat malaysia jahat.

Pukul rata dosa kepada kumpulan adalah tanda kedangkalan dalam berfikir. Setandan Pisang tak semuanya busuk. Didalam Pencetus Ummah, terdapat ramai orang bagus dan berkualiti dan saya berdoa istiqmah menjadi orang baik. PU Hafiz, juara PU musim pertama merupakan Pengerusi Tahfiz Selangor, Beliaulah orangnya yang turun naik dan bertungkus lumus memperjuangkan nasib Tahfiz Pondok di Selangor.

Menurutnya, perkara ini tidak sepatutnya berlaku memandangkan setiap individu adalah berbeza. Bukan bermakna seorang salah, semua orang adalah sama. Dia sempat memberi nasihat kepada netizen yang mengkritik agar menjaga hati dan bercakap perkara yang elok-elok.

Ramai PU PU lain yang baik

PU Salman merupakan Tok Guru bagi Ustaz Don, Imam Muda Asyraf dan Professor Awang Sariyan. Tu baru dua orang PU saya ceritakan dan itu bukan fokus saya hari ini. Apa yang saya ingin fokuskan adalah jangan pukul rata. Kita doakan pertunangan seseorang itu dengan doa yang baik dan jika ada sangka buruk. Banyakkanlah istighfar kerana hasutan syaitan telah membelit hati kita. Ketiga, isu PERSONAL Artis atau mana-mana Ustaz Selebriti perlu kita kurang highlightkan. Baik berita baik atau buruk kerana ISU bukan keutamaan muslim. Kita perlu Fokus Ilmu bukan Isu.

Fokuskan Ilmu Fardhu Ain, cuba tanya diri kita. Bila last kita check bacaan Al Fatihah. Cuba check Makhraj huruf kita . Bila last kita check balik Hafalan surah. Adakah hafalan kita masih sama sejak zaman sekolah tanpa ada penambah baikan? Belum lagi kita bincang tentang Ilmu Fardhu Kifayah. Belum lagi bincang amalan sunnah. Maka marilah kita sama-sama menambah baik hidup kita kerana Allah tak tanya kamu tentang PU Rahmat atau PU Riz didalam kubur. Malaikat tanya diri kamu sendiri. Diri kamu wahai akhi . Bertaqwalah pada Allah.

Malah, dia turut memberitahu bahawa beberapa ustaz dari program Pencetus Ummah (PU) adalah orang yang baik-baik dan tinggi ilmu namun tidak di hebohkan kepada orang ramai. PU Rahmat turut menyeru kepada orang ramai agar fokus belahar ilmu akhirat dan menambah baik hidup kita kerana Allah kerana itu lebih penting dari menghakimi kehidupan orang lain.

Sumber : PU Rahmat Ikhsan

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×