berita

Setelah 4 Tahun Bersama, Swarovski Umum Tidak Lagi Bekerjasama Dengan Neelofa

April 30th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Jenama aksesori mewah, Swarovski menerusi satu ciapan di laman Twitter memaklumkan pihaknya sudah tidak lagi bekerjasama dengan usahawan dan selebriti popular Neelofa. Pengumuman tersebut dibuat selepas salah seorang pengguna Twitter bertanya perihal status Neelofa sebagai duta jenama antarabangsa tersebut sejak tahun 2017.

Bagaimana dengan Neelofa?

Sekiranya Neelofa adalah artis Korea, sesebuah jenama yang melantik dia menjadi duta akan menamatkan kontraknya. Hello @swarovski.

Menurut pengguna Twitter yang dikenali sebagai Azba, artis di Korea Selatan pasti akan ditamatkan kontrak sebagai duta kepada tertentu sekiranya artis tersebut melakukan kesalahan yang sama seperti Neelofa. Tambah Azba, dia mempersoalkan isu tersebut selepas Neelofa didapati bersalah melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Tidak lagi bekerjasama

Terima kasih kerana menghubungi. Kami dapat mengesahkan bahawa kami tidak lagi bekerjasama dengan Neelofa.

Menurut pihak Swarovski, mereka sudah tidak bekerjasama dengan Neelofa. Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada kerjasama tersebut berakhir atas sebab penamatan kontrak atau berhubung isu lain. Terdahulu, Swarovski dipercayai memberi tajaan lebih 5 ribu kristal di busana majlis perkahwinan Neelofa serta ‘doorgift’ kepada para tetamu yang hadir.

Sumber: Twitter

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×