Luluh hati seorang ibu apabila mengetahui anaknya diasuh pasangan suami isteri yang merupakan penagih dadah semenjak 8 bulan yang lalu.
Kegiatan pasangan suami isteri itu terbongkar selepas Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kubang Pasu membuat serbuan di rumah mereka di Taman Mahuri, semalam.
Ketika ditahan
>
Ketika ditahan pasangan suami isteri itu berada dalam rumah bersama dua anak berusia lapan dan lima tahun serta seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun.
Pasangan itu, bersama kanak-kanak tersebut dibawa ke pejabat AADK Kubang Pasu untuk siasatan lanjut manakala kedua-dua anak mereka diserahkan kepada keluarga terdekat, manakala budak yang diasuh itu diserahkan kembali kepada ibunya.
Ibu kepada budak yang diasuh menjelaskan sudah mengenali pengasuh tersebut agak lama kerana tinggal berjiran dengan rumah keluarganya.
Terkejut dengan berita diterima
Beliau memaklumkan terkejut dan seakan tidak percaya dengan berita yang diterima kerana keadaan rumah pengasuh itu memang bersih, dan anak turut dijaga dengan baik tanpa ada sebarang masalah.
Setiap bulan RM 250, dibayar kepada pengasuh sebagai bayaran untuk khidmat asuhan, kadangkala mereka kerap meminjam duit selama ini tetapi tidak mensyaki apa-apa.
Menerusi ujian saringan awal yang dilakukan terhadap pasangan suami isteri itu, masing-masing didapati positif methapetamine.
Pasangan tersebut antara 12 penagih yang ditahan dalam Op Cegah yang dijalankan di sekitar daerah Kubang Pasu.
Sumber: Berita Harian