berita

Sebulan Untuk Tahu Jantina Sajat, Jakim Nafi Telefon Individu Beri Jawapan

January 20th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meluahkan hasrat mereka untuk ‘lebih mengenali’ usahawan popular, Sajat. Sajat kemudiannya menyatakan keterbukaannya menerima salam berkenaan sehingga membawa kepada lawatan agensi kerajaan itu di Wisma Sajat tempoh hari.

Walaupun diberitakan Jakim sudah menemui ‘jalan penyelesaian’mengenai kekeliruan masyarakat mengenai jantina pengasas produk kecantikan itu, namun semuanya masih berteka-teki. Apakah keputusannya? Adakah akan ada tindakan selanjutnya pihak Jakim atau Sajat sendiri?

Perlu lalui proses panjang

Jakim menerusi pegawainya Mohd Izwan Md Yusof mengatakan Sajat perlu melalui proses yang panjang untuk badan itu mengesahkan isu gendernya secara sahih. Tambah Izwan lagi, identiti jantina Sajat akan didedahkan setelah proses lengkap dan diakui oleh panel penyelidik syariah.

Proses ini akan mengambil masa yg panjang melibatkan banyak pihak. Dijangkakan dalam tempoh sebulan paling minima.

Keputusan hanya akan diumumkan selepas segala proses itu selesai dan disahkan oleh sekumpulan panel Pakar Kajian Syariah diurusetiakan Jakim.

Nafi sudah maklumkan jantina Sajat

Dalam pada itu, Izwan juga menafikan bahawa ada pihaknya sudah menelefon satu pihak bagi tujuan makluman mengenai identiti sebenar pasangan duet Aliff Syukri itu.

Kami juga menafikan sekeras-kerasnya dakwaan di dalam sebuah video yang menuduh pihak Jakim ada menelefon seorang individu dan memaklumkan jantina Sajat.

Isu mengenai Sajat kembali menjadi sebutan apabila seorang lelaki dikenali sebagai Sir Azri menghubungi Menteri Bahagian Hal Ehwal Agama untuk melaporkan kenapa agensi berkaitan tidak mengambil tindakan atas individu didakwa sebagai transgender mengikut undang-undang.

Sumber: Izwan Yusof

The following two tabs change content below.

Most Read Today